Buletin

REMAJA REMPUH POKOK KETIKA BELAJAR MEMANDU DI SULAWESI

Seorang remaja berusia 14 tahun di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia terlibat dalam kemalangan selepas kereta dipandunya merempuh sebatang pokok lalu terbalik.

Menurut laporan Suara.com, kemalangan itu berlaku ketika mangsa cuba belajar memandu kereta Honda HR-V di Jalan Bulo Pakoto, daerah Pinrang.

Ketua Unit Trafik Polis Pinrang, Agussalim Akibi berkata, remaja tersebut dipercayai gagal mengawal keretanya sebelum ia berpusing dan terbalik.

Menerusi rakaman yang disiarkan, kereta berkenaan terbalik selain mengalami kerosakan teruk selepas merempuh sebatang pokok.

Kejadian itu mendapat perhatian penduduk setempat dan segera membantu mangsa untuk keluar dari kereta.

Mangsa dan rakannya bagaimanapun hanya mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pinrang bagi mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Google ads
"
"
Back to top button