Buletin

INDIA BAKAL TARIK SEMULA SUBSIDI EV – BERI KESAN KEPADA MOTOSIKAL ELEKTRIK

Di kebanyakan negara di seluruh dunia, kerajaan memberikan subsidi bagi menggalakkan lebih ramai orang membeli kenderaan elektrik, termasuk kenderaan dua roda.

Peralihan itu kini boleh dikatakan berjaya di beberapa negara, maka dengan itu, kerajaan mula menarik semula subsidi diberikan.

Salah satu negara tersebut ialah India, di mana kerajaan bakal mengurangkan subsidi untuk kenderaan elektrik, sekali gus menyebabkan harga kenderaan elektrik menjadi lebih mahal. Menurut laporan, had subsidi dijangka turun kepada maksimum 15 peratus, berbanding 40 peratus sebelumnya.

Pada masa ini, India mempunyai subsidi FAME II, atau Penggunaan dan Pembuatan Kenderaan Hibrid dan Elektrik yang Lebih Pantas. Program ini terdiri daripada subsidi AS$181 (RM821) bagi setiap kilowatt-jam kapasiti bateri pada dua roda elektrik.

Terdahulu, artikel oleh Economic Times menyatakan bahawa faktor penyumbang utama kepada pengurangan subsidi ialah pembuat EV tidak mendapatkan sumber pengeluaran di India seperti dikehendaki oleh kerajaan.

Ya, selain daripada mempercepatkan penggunaan EV, matlamat FAME II juga adalah untuk meningkatkan industri pembuatan India dengan mempromosikan kenderaan buatan India tetapi kini, negara itu sedang bergelut dengan pengeluar.

Sudah pasti perkara ini memberi kesan terutamanya kepada pengguna dua roda kerana mereka perlu membayar lebih untuk mendapatkan kenderaan dua roda elektrik.

Walaupun kelihatan tidak memberi banyak perbezaan, adalah penting untuk diingat bahawa pasaran India sangat sensitif terhadap harga bahkan ia akan menjejaskan hasil jualan di pasaran India.

Google ads
Back to top button