
SAKSIKAN THE STIG BELASAH PORSCHE 962 ROTHMAN GROUP C DI LITAR DONINGTON PARK (VIDEO)
Siapa tak kenal dengan The Stig sila pergi beli basikal kayuh dengan member-member yang satu kepala dengan korang. The Stig yang dipopularkan oleh siri TV Top Gear merupakan watak yang sentiasa memakai sut perlumbaan penuh dan helmet berwarna putih. The Stig digambarkan sebagai seorang pelumba yang tidak bercakap dan tidak pernah menanggalkan helmet yang dipakai.
Tapi kadang-kadang dia dilihat seperti mengetawakan skil pemanduan yang teruk dari tetamu dan hos rancangan itu sendiri. Tapi sekarang seluruh dunia sudah tahu yang The Stig sebenarnya ialah Ben Collins.
Ben Collins sebenarnya bukan seorang yang pendiam seperti watak The Stig tetapi seorang yang peramah dan mempunyai resume yang panjang sebagai pelumba dan penyelaras stunt filem-filem James Bond era Daniel Craig. Ben turut mempunyai channel Youtube beliau sendiri yang dinamakan “Ben Collins Drives” di mana beliau dilihat membelasah kereta-kereta hebat keluaran Ferrari, Aston Martin, Porsche dan macam-macam lagi.
Dalam pautan video kali, Ben memandu kereta lumba lagenda, Porsche 962 Group C. Tak pernah dengar atau lihat gambar kereta ini? Sahih korang lahir pada zaman Tiktok. Ia merupakan evolusi dari Porsche 956 dan berjaya merangkul kejuaraan Le Mans sebanyak empat kali!
Liveri Rothmans berwarna biru dengan kemasan merah dan jaluran emas memang lajen habis. Sekarang tak boleh dah letak warna dan tema jenama rokok pada jentera perlumbaan. Dipandu oleh Jackie Ickx dan Jochen Mass, jentera ini berjaya merangkul petak pertama pada perlumbaan Le Mans tahun 1987.
Ia mungkin kelihatan besar gedabak tapi mempunyai berat keseluruhan sekitar 900 kg sahaja. Kancil nenek abang pun berat lagi dik. Enjin flat-six 2.6 liternya mampu menjana 600 hp kuasa dan dengan teknologi masa itu, ia mempunyai sedikit turbo lag sebelum kuasa sepenuhnya berjaya dicapai. Bukan satu masalah untuk pemandu terer dan berpengalaman.
Layan je video ni, kalau rasa tak best memang nyata sekali korang tak ada DNA perlumbaan dalam darah. Muahahaha.