Artikel Pilihan

SAKSIKAN PESAWAT PERUBATAN MENDARAT DI ATAS LEBUH RAYA UNTUK BANTU MANGSA KEMALANGAN

Sebuah pesawat perubatan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di atas lebuh raya dalam usaha menyelamatkan seorang mangsa kemalangan yang cedera parah di selatan Australia.

Petugas kecemasan menerima laporan kemalangan membabitka sebuah SUV keluaran Toyota di Eyre Highway Sabtu lepas. SUV tersebut dikatakan berpusing beberapa kali dalam kemalangan di kawasan outback Australia menyebabkan pemandunya mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan. Mangsa berusia 53 tahun dan berasal dari Newton, Adelaide.

Pesawat RFDS (Royal Flying Doctor Service) dipanggil untuk menyelamatkan pemandu tersebut dan sebaik mendarat di atas lebuh raya mereka segera melakukan prosedur menyelamatkan nyawa untuk menstabilkan pesakit. Pesawat Pilatus PC-12 milik RFDS itu berlepas dari Port Agusta dan mendarat di atas bahagian lebuh raya yang memang dikhususkan sebagai landasan terbang kecemasan jika berlaku kemalangan.

Sampai macam tu diorang berfikir masa nak buat lebuh raya. Kita kat sini R&R pun ada yang dibuat ala kadar je. Nak buat landasan terbang kecemasan? 50 tahun lagi kot?

Menurut sumber RFDS, mangsa ditemui seorang pemandu lori yang kemudian menghubungi pihak berkuasa. Seorang jururawat dan petugas bomba sukarela memandu sejauh hampir 100 km sebelum tiba di tempat kejadian sebelum dibantu pula oleh paramedik dari kawasan perlombongan Iluka yang berada hampir 300 km dari lokasi kejadian. Hebat kerjasama yang diberikan.

Pihak polis memberikan sokongan kawalan trafik untuk membolehkan pesawat terbabit mendarat dengan selamat di atas lebuh raya. Tambahan pula juruterbang mereka memang sudah mengetahui tentang lokasi landasan terbang kecemasan berhampiran lokasi. Terdapat beberapa bahagian lebuh raya di selatan Australia sebenarnya yang diperkuat dan dilebarkan untuk pendaratan kecemasan jika berlaku kemalangan.

Mangsa kemudian diterbangkan ke Royal Adelaide Hospital dalam keadaan kritikal. Kini keadaan beliau dikatakan bertambah stabil hasil usaha RFDS Australia.

https://youtu.be/AP5yYLK3nlg
Google ads
Back to top button