
PEMANDU HONDA CIVIC KEMALANGAN DI GENTING HIGHLANDS ADA 11 SAMAN PANDU LAJU
Pemandu sebuah Honda Civic yang tular selepas dirakam terlibat dalam kemalangan dan melanggar tebing bukit di kilometer 14.6 ketika menaiki Genting Highlands selaman dilapor mempunyai 11 saman kerana memandu laju.
Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu pemandu berusia 27 tahun itu dikatakan tidak cedera dalam kemalangan yang berlaku pada jam 7.25 pagi tersebut.
“Pemandu yang berasal dari Serdang, Selangor itu dalam perjalanan ke Genting Highlands. Ketika hendak memotong sebuah kereta di selekoh sewaktu menaiki bukit, keretanya hilang kawalan dan terbabas melanggar bahagian kiri jalan.
“Polis sudah memanggil pemandu terbabit untuk disoal sisat. Siasatan mendapati kereta berkenaan mempunyai saman kerana memandu laju.
“Kami akan memanggil perakam video untuk membantu polis mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kemalangan ini,” kata Zaiham dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya dan cuai. – NST