Buletin

REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT. KONTRAKTOR SILAP RUMAH, BIKIN JALAN MASUK SECARA PERCUMA

Seorang pengguna Reddit yang menggunakan nama purple-circle berkongsi pengalaman mendapat jalan masuk konkrit baharu secara percuma.

Dia yang berasal dari barat Australia berkata tidak pernah mengupah mana-mana syarikat untuk membaiki semula jalan asal yang diperbuat daripada batu kerikil.

Katanya lagi, dia banyak menghabiskan masa di tempat kerja iaitu kira-kira 10 jam dan mendapati terdapat jalan masuk konkrit baharu.

Difahamkan, syarikat pembinaan tersebut tersalah alamat rumah berikutan rekaan rumah purple-circle seakan sama dengan rumah yang ingin dilakukan pembinaan jalan masuk konkrit  berkenaan .

Kos pembinaan jalan masuk baharu itu menelan belanja kira-kira AS$ 6,200 (RM25,000).

Menurut perkongsian itu, dia tidak perlu membayar kesilapan yang dilakukan syarikat terbabit.

Ia berikutan syarikat tersebut boleh disabitkan atas kesalahan menceroboh dan merosakkan harta benda walaupun dengan niat yang baik.

Jalan penyelesaian, syarikat pembinaan akan menanggung kos pembinaan jalan masuk berkenaan.

Bahkan, perlu lebih teliti dan berhati-hati menyemak butiran para pelanggan mereka agar kesilapan sama tidak berulang kembali. – agensi.

Google ads
Back to top button