
WRC 2021 – M-SPORT FORD BERSAMA PEMANDU MUDA
Pasukan M-Sport Ford yang dilihat kurang menyerlah musim lalu, nampaknya masih lagi mahu meneruskan polisi gandingan pemandu bagi menggalas cabaran WRC 2021 yang semakin sengit. M-Sport Ford bakal memberikan peluang buat Gus Greensmith untuk beraksi semusim penuh bagi kempen 2021 nantii.
Pemandu yang berusia 24 tahun berasal dari Manchester itu tidak beraksi penuh dalam kempen WRC 2020 dan WRC 2019 bersama pasukan British ini. Namun, kini adalah masa yang sesuai buat pemandu yang juga pernah bergelar Penjaga Gol buat pasukan Remaja Manchester City sementelah beraksi cemerlang dalam perlumbaan di Turki dengan menduduki tempat kelimat keseluruhan.
Gus Greensmith dan Elliott Edmondson sekali bakal berpasangan untuk musim 2021 dan Prinsipal Pasukan Richard Millener tidak teragak untuk memberikan sokongan agar pasangan ini meneruskan prestasi yang bagus di masa akan datang bersama spesifikasi Fiesta WRC yang terbaik untuk dipandu.

Sementara itu, pasukan M-Sport Ford turu mengikat seorang lagi pemandu muda, Adrien Fourmaux yang berusia 25 tahun untuk beraksi dalam kempen WRC 2021 ini. Walau bagaimanapun, pemandu dari Perancis ini akan berkongsi jentera Fiesta WRC bersama seorang lagi pemandu Teemu Suninen.
Adrien Fourmaux dari Perancis merupakan pemandu untuk M-Sport Ford bagi kategori WRC2 musim lalu dan berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan bersama jentera Ford Fiesta R5 Mk. II. Memandangkan beliau tidak beraksi semusim penuh, maka beliau juga akan kekal beraksi dalam kempen WRC2 musim 2021 nanti. Richard Millener juga percaya bahawa pemandu muda ini juga mampu beraksi cemerlang kelak untuk kelas tertinggi WRC.
Dan untuk pembuka tirai di Monte-Carlo nanti, gandingan Gus Greensmith bersama Teemu Suninen bakal mengibarkan cabaran untuk M-Sport Ford. Sungguhpun demikian, Teemu Suninen bakal bergandingan Juruarah baharu yang belum dinamakan sementelah gandingan asal yang berpengalaman Jarmo Lehtinen memutuskan untuk mengundur diri.

Pasukan M-Sport Ford turut memutuskan bahawa Teemu Suninen bakal mempunyai program yang berasingan, sebahagian daripada program yang diaturkan pasukan. Bagi musim kempen 2021, M-Sport memutuskan untuk terus menggunakan livery jentera pada musim lalu dengan beberapa perubahan kecil membabitkan logo penaja baharu seperti Pirelli misalannya.
BACA : FORD FIESTA R5 BAHARU
BACA : WRC 2020 – TOYOTA DAN FORD MULA MENAYANGKAN JENTERA RALI