Buletin

LELAKI POTONG RUMPUT SECARA PERCUMA DAPAT HADIAH FORD EDGE 2020

Setiap kali pengeluar kenderaan memberikan seseorang hadiah kereta baharu kerana tindakan baik yang dilakukan individu terbabit pasti menjentik hati khalayak.

Bahkan, banyak contoh dapat dilihat apabila trak yang memiliki perbatuan berkilometer telah digantikan kepada jentera baharu oleh pengeluar kenderaan.

Begitupun, kisah hari ini agak berbeza sedikit.

Seorang lelaki dikenali Rodney Smith Jr. menawarkan perkhidmatan penjagaan rumput secara percuma kepada warga emas, veteran, ibu dan bapa tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) serta mereka memerlukan di seluruh 50 negeri di Amerika Syarikat.

Dalam menawarkan perkhidmatan percuma itu, lelaki ini akan mengembara menggunakan Ford Edge tahun 2012 yang dibeli pada tahun 2018 dengan perbatuan hanya mencecah 93,341 km pada odometer.

Selepas dua tahun menjalankan perkhidmatan tersebut, SUV lelaki berkenaan sudah mencapai perbatuan melebihi 482,803 km.

Menurut laporan Jalopnik, ketika melakukan kerja kebajikan di Michigan, Smith dikejutkan Ford apabila menghadiahkan sebuah Edge 2021 baharu.

Mesej yang tertera ringkas sahaja “Sikap tidak mementingkan diri  anda bukan tidak disedari. Kami menghargai  apa yang anda telah lakukan pada komuniti dan berharap anda menikmati jentera baharu Ford Edge 2020 ini!”

Bukan itu sahaja, jentera lama Smith akan diperbaiki dan dinaiktaraf sebelum ia diserahkan kepada orang yang memerlukan.

Smith menjelaskan dia akan melelong semua mesin potong rumput miliknya selepas selesai menjalankan pengembaraan perkhidmatan percuma tersebut.

Katanya, wang penjualan itu akan diserahkan kepada badan kebajikan. – motor1

Google ads
Back to top button