Buletin

PKP 2.0 DI 6 BUAH NEGERI MULAI 13 HINGGA 26 JANUARI 2021

Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perintah ini melibatkan tiga peringkat pelaksanaan seperti berikut:

Pertama, PKP ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Kedua, PKP Bersyarat (PKP-B) ke atas enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Ketiga, PKP Pemulihan (PKP-P) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Langkah ini terpaksa diambil kerajaan dalam usaha melandaikan kembali lengkuk jangkitan COVID-19 yang dilihat semakin parah sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Google ads
Back to top button