
QATAR AIRWAYS BERI 100,000 TIKET PERCUMA KEPADA BARISAN HADAPAN PERUBATAN
Syarikat penerbangan Qatar Airways mengumumkan bakal menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia.
Ia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus (Covid-19).
“Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma ini,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin lapor agensi berita Anadolu.
Mereka yang layak terdiri daripada doktor, pengamal perubatan, jururawat, paramedik, ahli farmasi, juruteknik makmal dan penyelidik klinikal. Ketika hendak membuat daftar masuk di lapangan terbang, mereka perlu menunjukkan ID kakitangan yang sah.

Tawaran akan dibuka pada 12 hingga 18 Mei dan pendaftaran boleh dibuat di laman web: qatarairways.com/ThankYouHeroes
Bagi memastikan proses permohonan yang adil dan telus, setiap negara akan menerima peruntukan tiket secara harian. Ini bergantung kepada saiz populasi dan dibahagikan kepada tempoh tujuh hari permohonan.
Peruntukan harian akan diberitahu pada jam 00:0am setiap hari waktu Doha,
“Mereka yang menerima kod promosi boleh menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma untuk penerbangan yang dikendalikan Qatar Airways ke mana sahaja di rangkaian global syarikat penerbangan ini.
Tiket mesti ditempah sebelum 26 November dengan perjalanan sah sehingga 10 Disember. Ia juga fleksibel, membolehkan mereka mengubah tarikh atau destinasi tanpa had dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
Bukan itu sahaja, mereka akan ditawarkan dengan satu baucar diskaun sebanyak 30 peratus untuk ditebus di premis bebas cukai di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha. Baucar itu sah sehingga 31 Disember 2020.
Qatar Airways dijadual memulakan kembali operasi tidak lama lagi selepas ditangguhkan sementara kerana wabak Covid-19.
- BACA: AIRASIA INDONESIA DILARANG LAKUKAN PENERBANGAN KE KLIA2 DAN JB 18 MEI DEPAN
- BACA: WARREN BUFFETT JUAL SEMUA SAHAM SYARIKAT PENERBANGAN BERNILAI RM25.7 BILION
- BACA: JEPUN PERKETAT SYARAT PEMILIKAN ASING KE ATAS 518 FIRMA, BERI ALASAN KESELAMATAN NEGARA
- BACA: KES RASUAH AIRBUS. BEKAS CEO GARUDA DIPENJARA 8 TAHUN, DENDA RM7.6 JUTA