Artikel Pilihan

PEMAIN REAL MADRID NIKMATI KERETA AUDI BAHARU – PERCUMA SEMESTINYA

Audi sudah lama menjadi penaja pasukan Real Madrid sejak dari tahun 2003 dan kali ini untuk musim 2019-2020, mereka bermurah hati menyediakan kereta-kereta percuma untuk kegunaan semua pemain termasuk jurulatih mereka, Zinedine Zidane. Pemurah betul Audi ni.

Zidane, 47 tahun juga merupakan bekas pemain Real Madrid dari tahun 2001 hingga 2006 dan telah menjaringkan sebanyak 37 gol bersama pasukan tersebut memilih sebuah Audi RS3 Sportback berwarna hitam. Turut memilih model yang sama tetapi dengan warna yang berbeza ialah Karim Benzema dan Thibaut Courtois yang masing-masing memilih warna putih dan grey.

Sergio Ramos sekali lagi memilih untuk memandu sedan flagship Audi A8 sekali lagi manakala Vinicius Junior, Alvara Odriozola, Marco Asensio dan Marcelo Viera memilih Audi A7 Sportback.

Raphael Varane merupakan satu-satunya pemain yang memilih SUV elektrik E-Tron manakala tujuh lagi pemain termasuklah Dani Carvajal, Lucas Vasquez, Toni Kroos, James Rodriguez, Eden Hazard, Fede Valverde dan Nacho Fernandez tidak dapat menolak godaan SUV coupe terbaru dari Audi, Q8.

Model yang menjadi pilihan ramai pemain ialah Q7 generasi baru dengan 11 pemain memilihnya antara mereka termasuklah Brahim Diaz, Luka Jovic, Alphonse Areola, Mariano Diaz, Luka Modric, Eder Militao, Rodrygo Goes, Carlos Casemiro, Ferland Mendy, Gareth Bale dan Isco Alarcon.

Teknik, semangat kesukanan, elegan dan ketepatan. Itu adalah nilai yang menjadi perkara pokok dalam kejayaan kerjasama Audi yang Real Madrid yang sudah terjalin sejak 2003 dan kini selepas 16 tahun ia masih kekal utuh.

Malah sejak dari peringkat awal lagi semua pemain sentiasa menggunakan kereta jenama Audi dan kini sekali lagi mereka menerima kunci kereta baharu mereka yang menjadi idaman semua. Free pulak tu.

Google ads
Back to top button