Buletin

SHELL MALAYSIA LANCAR MINYAK ENJIN NEUTRAL KARBON PERTAMA DI DUNIA. BERMULA RM280 UNTUK PEK 4 LITER

Shell Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi minyak enjin neutral karbon pertama sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menawarkan pilihan minyak enjin lebih lestari kepada pengguna tanpa berkompromi prestasi tinggi enjin dan perlindungan enjin. 

Ciri-ciri itu menjadikan Shell Helix dikenali di seluruh dunia. Minyak enjin itu juga merupakan minyak pelincir neutral karbon pertama yang dihasilkan daripada gas asli. 

Sempena pelancaran ini, Shell Helix juga meluaskan lagi tawarannya dengan memperkenalkan gred kelikatan 5W-40 di bawah varian Power bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. 

Shell Helix Power 5W-40 direka khas untuk kenderaan berkuasa dan berprestasi tinggi. Ia sesuai untuk kebanyakan kereta penumpang moden yang menggunakan petrol dan diesel. 

Minyak enjin terbaru yang dilancarkan kini boleh didapati di bengkel-bengkel Shell yang terlibat dan bengkel-bengkel bebas lain, dengan harga runcit RM280 di Semenanjung Malaysia untuk pek empat liter dan RM280.80 di Sabah dan Sarawak.

Bagi memeriahkan lagi pelancaran ini, pengguna akan mendapat sebuah speaker Bluetooth percuma Shell Helix dengan setiap pembelian pek empat liter Shell Helix Power 0W-40, Shell Helix Power 5W-40, atau Shell Helix Protect 0W-30 di mana-mana kedai yang mengambil bahagian, selagi stok masih ada.

Bagi memastikan keaslian produk sebelum pembelian, pelanggan digalakkan melihat logo “Untuk Pasaran Malaysia” di bahagian hadapan label botol.

Pelancaran ini adalah bukti salah satu komitmen syarikat dalam membantu mengurangkan pelepasan karbon bersama pelanggannya. Ini sejajar dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga pelepasan sifar bersih pada 2050.

“Shell Malaysia berbesar hati kerana dapat menyediakan pelbagai solusi tenaga rendah karbon kepada pelanggan kami. Daripada pengecasan kenderaan elektrik dan biobahan api dan kini pelincir karbon neutral,” kata Pengerusi Shell Malaysia, Dato Ivan Tan.  

Portfolio global kredit karbon berasaskan alam semula jadi akan mengimbangi pelepasan CO2e daripada keseluruhan kitaran hayat produk-produk. Ini termasuklah bahan mentah, pembungkusan, pengeluaran, pengedaran, penggunaan pelanggan dan perlupusan produk. 

Shell turut bekerjasama dengan projek-projek di seluruh dunia yang membantu mengurangkan pelepasan CO2e. Selain meningkatkan taraf kehidupan masyarakat tempatan dan melindungi biodiversiti.

Pelanggan memilih Shell Helix kerana ia direka untuk prestasi tinggi enjin dan meningkatkan ekonomi bahan api. Hari ini, pengguna kenderaan menjadi semakin peka terhadap pilihan mesra alam dan mencari cara untuk mengurangkan jejak karbon mereka. 

“Shell Malaysia memperkenalkan siri minyak enjin Shell Helix neutral karbon di bawah rangkaian sintetik penuh super premium – Helix Power and Protect.

Minyak enjin ini diformulasi menggunakan Teknologi Shell PurePlus yang dihasilkan daripada 99.5% minyak asas tulen daripada gas asli, serta dipercayai dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari,” kata Pengurus Besar Perniagaan Shell Lubricant Malaysia & Singapura, Nyon Kam Yew.

GALERI

Google ads
Back to top button