Buletin

LINCOLN CORSAIR SELAMATKAN AIR MUKA AMERIKA UNTUK KEBOLEHPERCAYAAN JENAMA 2022. TOYOTA TERUS UNGGUL – CONSUMER REPORTS

Consumer Reports baru-baru mendedahkan senarai kebolehpercayaan jenama kereta untuk tahun ini. Seperti dijangka, jenama kereta Jepun menduduki tempat teratas, diikuti oleh jenama dari Eropah. Jenama Amerika pula menduduki tempat terbawah dalam senarai tersebut.

Jenama kereta dari Asia menduduki tempat lebih tinggi berbanding Amerika secara keseluruhan dengan nilai 59/100. Jenama Eropah pula berada di tempat kedua apabila mencatat markah 51/100.

Jenama dari Amerika, Lincoln mencatat nilai yang paling boleh dipercayai untuk model Lincoln Corsair, iaitu 82/100. Manakala untuk Aviator, penilaian dari pengguna amat mendukacitakan dengan hanya mendapat nilai 8/100.

Sementara itu, model dari Toyota iaitu Corolla Cross serta Hybrid masing-masing mencatat nilai 96/100 dan 93/100. Nilai tinggi diberikan untuk dua model tersebut membolehkan Toyota naik dua anak tangga untuk jenama yang paling boleh dipercayai.

Satu lagi jenama di bawah Toyota, Lexus berada di tempat kedua selepas semua modelnya mencapai skor kebolehpercayaan di atas purata markah terbaik.

Melalui penilaian telah dibuat, model Jeep mendapat nilai tidak memberangsangkan setelah terpaksa menarik balik 100,000 unit kenderaan pada tahun lalu disebabkan terdapat isu pada perisian beg udara penumpang.

Model Jeep paling boleh dipercayai, Cherokee hanya mendapat markah 53/100.

BMW berada dalam kelas tersendiri di Eropah dan itu dibuktikan dengan model 3 Series (80/100) dan 4 Series (78/100). Secara keseluruhan, BMW menempatkan diri di posisi ketiga secara keseluruhan dalam penilaian CR.

Nasib berbeza menimpa Mazda yang telah jatuh dua anak tangga dalam ranking meskipun CX-30 mendapat nilai 52/100.

Google ads
Back to top button