
TIKTOKER KONGSI CARA TONTON F1 SINGAPURA TANPA PERLU BAYAR TIKET
Grand Prix Singapura kini kembali setelah berehat selama dua tahun akibat pandemik. Harga tiket bermula pada AS$98 (RM455) dan boleh mencecah sehingga AS$9,898 (RM46,005) untuk pakej hospitaliti mewah.
Tetapi, tidak semua peminat F1 mampu membeli tiket untuk menyaksikan pelumba kesayangan mereka beraksi. Oleh itu, ada segelintir peminat mencari jalan lain untuk melihat aksi mereka di litar tanpa perlu membayar tiket.
Mengakui dia mengalami FOMO (takut ketinggalan), pengguna TikTok Iamsabrinasim berkongsi bagaimana beberapa orang berkumpul di luar bangunan Asian Civilisations Museum semasa sesi latihan F1.

Meskipun penghadang menjulang tinggi, ia tidak sesekali mematahkan harapan peminat menyaksikan perlumbaan itu dari jauh, bahkan menggunakan sebaiknya kamera telefon bimbit mereka.
“Sudut pandangan – tiada wang untuk menonton F1,” kata Iamsabrinasim sambil tersenyum di hadapan kamera dalam video berdurasi 20 saat itu.
Dalam komen tersebut, beberapa netizen berasa kagum dengan life hack ini.
“Genius,” kata seorang netizen, manakala Iamsabrinasim menggambarkannya sebagai “masa terdesak memerlukan langkah terdesak.”
Netizen lain pula kurang terkesan dengan ‘langkah murah’ ini. Tetapi bagi mereka yang ingin mencuba nasib, pengguna TikTok berkata bahawa perlunya segala pertimbangan sebelum melakukan hal sebegini.
Pihak keselamatan menyedari ‘langkah murah’ tersebut dan mengambil tindakan menghalau peminat yang berada di kawasan itu. “Pihak keselamatan menghalau kami. Sedih,” keluh Iamsabrinasim. – AsiaOne



