Buletin

BERHABIS LEBIH RM7K UNTUK WRAP KERETA, PELANGGAN DI SINGAPURA KECEWA HASIL KERJA MACAM BUDAK TADIKA

Trend wrap atau membalut kereta mengunakan pelekat vinil sebagai alternatif kepada cat semakin menjadi pilihan ramai pemilik kereta.

Namun, nasib seorang pemilik kereta, bernama Te Zhaoyan, begitu malang apabila perlu membayar AS$1,630 (RM7,669) untuk hasil balutan kereta yang teruk di sebuah bengkel kereta, Project-25 Groomwrkz, di Ang Mo Kio, Singapura.

Pencipta kandungan automotif, Tsuri yang merupakan pemasang vinil di Vos Automotive Styling turut berkongsi rasa tidak puas hati Zhaoyan dalam satu siri klip TikTok. Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen apabila memperoleh jumlah tontonan lebih tiga juta.

“Pelanggan (Zhaoyan) memutuskan untuk menghantar keretanya kepada kami untuk membetulkan apa sahaja masalah ini,” kata Tsuri.

Terdapat gelembung udara dan kedutan yang kelihatan pada kereta. Pengedap getah pada pintu serta tingkap juga dipotong selain terdapat calar pada kereta.

Di ruangan komen, netizen terkejut setiap kali melihat goresan pada kereta. Cuba bayangkan bagaimana perasaan pemilik kereta terbabit.

Menurut Zhaoyan, Project-25 Groomwrkz menawarkan untuk membuat semula tetapi dia terus menolak tawaran tersebut kerana bimbang hasil kerja tak serupa bikin.

Zhaoyan bukan sahaja tidak berpuas hati dengan kualiti balutan malah dia turut kecewa tempoh masa diambil untuk menyiapkan pembalutan kereta akibat terlalu banyak penangguhan.

Menurut Zhaoyan, proses tersebut telah tertangguh sebanyak lima kali atau lebih 35 jam. Keadaan itu sangat memberi kesan kepadanya kerana kereta tersebut merupakan pengangkutan harian termasuk ke tempat kerja.

Apabila dia mengambil keretanya dari Vos Automotive Styling, ia sangat jauh berbeza daripada pengalamannya dengan Project-25 Groomwrkz. Dia juga kagum dengan kualiti kerja Vos Automotive Styling.

Suka diingatkan kepada pemilik kereta lain untuk berhati-hati dan harus mengelak daripada hasil kerja seperti amatur.

Google ads
Back to top button