Motosikal

KTM 990 RC R LANCAR DI MALAYSIA BULAN INI -128HP, 103NM

ETG (Eurotech Group) selaku pengedar rasmi jenama KTM di Malaysia, bakal memperluas tawaran jenama motosikal dari Austria itu dengan pelancaran 990 RC R yang dijangka berlaku bulan ini.

Pihak KTM Malaysia memaklumkan perkara itu ketika majlis penghargaan media yang berlangsung pada Khamis. 

Difahamkan, KTM Malaysia akan turut memperkenalkan model KTM 1390 Super Adventure yang terdiri dari tiga varian, 1390 Super Adventure S, Super Adventure R dan Super Adventure S EVO. 

Dalam pada itu, 990 RC merupakan model supersport ‘street legal’ pertama diperkenalkan KTM sejak menghentikan model RC8 1190 pada 2015.

Menggerakan 990 RC R ini adalah enjin parallel-twin LC8c yang sama terdapat pada 990 Duke. KTM mendakwa bahawa enjin kedua-dua model ini adalah sama sehingga ke transmisi manual 6-kelajuan namun dibezakan dengan pemetaan ECU (ECU mapping), subframe baharu dan sistem ekzos stainless steel yang lebih kompak dan dipadankan dengan tiga sensor O2. 

Enjin yang hanya seberat 57.2kg ini berupaya menjana 128hp (130ps) pada 9,500rpm dan 103Nm pada 6,750rpm. 

Google ads
Back to top button