Advertisements
Motosikal

EICMA2026: KTM 450 RC BUAT PENAMPILAN DI MILAN, LANCAR 2028

KTM buat kejutan untuk pengunjung di EICMA 2026 selepas mempamerkan KTM 450 RC yang hanya dijadualkan untuk pelancaran penghujung tahun depan sebagai model 2028. 

KTM 450 RC merupakan jentera supersort 450cc dua silinder pertama dihasilkan KTM hasil kerjasama dengan CFMOTO. Untuk rekod, enjin tersebut adalah yang sama digunakan pada CFMoto 450SR. 

Menariknya, penampilan di EICMA mendedahkan beberapa ciri penting yang terdapat pada RC 450. Pertamanya, casis terdiri dari fork WP APEX 43mm di hadapan dengan pelarasan compression dan rebound. Belakang pula menempatkan penyerap hentak WP APEX dengan pelarasan rebound.

Brek pula dikendalikan kaliper WP jenis radial empat piston yang dipadankan bersama cakera 320mm. Motosikal ini turut dilengkapi dengan tayar Pirelli Diablo Rosso 4 secara standard. 

Seperti model KTM yang lain, 450 RC juga serba lengkap dengan pakej elektronik terkini termasuk Cornering ABS dan MTC ABS dual-channel dengan dua mod (Road dan Supermoto). Segala info boleh diakses menerusi meter TFT 5-inci. 

Menurut KTM, produksi 450 RC akan bermula pada hujung 2027 dan akan tiba di pasaran dunia pada 2028. Maklumat lebih terperinci akan turut diketahui kemudian. 

GALERI: KTM 450 RC 2028

Google ads
Back to top button