
Motosikal
KTM 1390 SUPER DUKE R EVO MILIK ROK BAGOROS KENA CURI DI EICMA
Stunt rider KTM, Rok Bagoros mengalami mimpi ngeri di EICMA 2026 selepas motosikal KTM 1390 Super Duke R EVO miliknya telah dilarikan pencuri di Milan, Itali.
Menurut laporan, motosikal 1390 Super Duke R EVO miliknya itu baru sahaja selesai dipamerkan di EICMA 2026 dan dipindahkan ke dalam sebuah van. Van tersebut kemudiannya telah dipecah masuk pada 8 November sekitar jam 9.30 malam.

Untuk rekod, 1390 Super Duke R EVO merupakan model flagship KTM dan dikuasakan enjin V-Twin 1350cc yang berupaya menghasilkan 190hp dan 145Nm.
Setakat laporan ini ditulis, motosikal milik Rok Bagoros masih gagal dikesan.








