
RASMI: KTM 990 RC R TIBA DI MALAYSIA – RM113,000
KTM Malaysia dengan rasminya memperkenalkan KTM 990 RC R untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM113,000.
KTM 990 RC R bukan setakat pengenalan kepada model baharu namun menandakan kembalinya KTM dalam segmen motosikal full-fairing selepas kali terakhir melakukannya dengan RC8 R yang telah pun dihentikan pengeluaran pada 2015.

Menggerakan 990 RC R ini adalah enjin parallel-twin LC8c yang sama terdapat pada 990 Duke. KTM mendakwa bahawa enjin kedua-dua model ini adalah sama sehingga ke transmisi manual 6-kelajuan namun dibezakan dengan pemetaan ECU (ECU mapping), subframe baharu dan sistem ekzos stainless steel yang lebih kompak dan dipadankan dengan tiga sensor O2.
Enjin yang hanya seberat 57.2kg ini berupaya menjana 128hp (130ps) pada 9,500rpm dan 103Nm pada 6,750rpm.
Pakej elektronik juga serba lengkap bermula dengan empat mod menunggang (Rain, Street, Sport dan Custom) diikuti dengan Cornering ABS (empat tetapan), lean sensitive traction control dan wheelie control. Segala ciri itu boleh diakses menerusi panel meter TFT 8.8-inci dengan fungsi touchscreen.

KTM turut memperkenalkan empat tetapan ABS emnerusi Street, Sport, Supermoto dan Supermoto+. Sport menawarkan tunggangan yang lebih agresif namun mengekalkan fungsi corneirng ABS manakal Supermoto+ pula memadamkan fungsi cornering ABS dan ABS tayar belakang sepenuhnya.
Walaupun berkongsi enjin 990 Duke namun KTM menaik taraf casis dengan menggunakan platform LC8c itu sebagai beban utama sekaligus menghasilkan berat sekitar 195kg sahaja.

Suspensi pula terdiri dari fork WP APEX dengan pelarasan penuh (compression, rebound dan preload) dengan jarak gerak 145mm serta monoshock WP APEX juga dengan pelarasan penuh.
Subframe pada 990 RC R ini mengambil inspirasi dari jentera MotoGP KTM RC16 sekaligus lebih ringan berbanding 990 Duke. Subframe tersebut juga direka bagi menempatkan kotak udara (airbox).
Keupayaan membrek dibekalkan Brembo menerusi Brembo Hypure (pakej sama terdapat pada Ducati Panigale V4 terbaru) dan Brembo MCS master cylinder boleh laras. Kaliper brek 4-piston tersebut dipadankan dengan cakera 320mm depan dan 240mm belakang.

Menariknya, KTM menerapkan rim aluminium 17-inci yang sama terdapat pada 1390 Super Duke R Evo. Tangki bahan api pula berkapasiti
Dalam pada itu, KTM memaklumkan bahawa kehadiran winglet di bahagian depan bukan sekadar estetik malah menyumbang kepada downforce sebanyak 13kg pada kelajuan 239km/j dan 14.4kg pada 252km/j.
GALERI: KTM 990 RC R






















