Buletin

TEMPAHAN LEXUS ES GEN-7 KINI DIBUKA – 2 VARIAN, BERMULA RM299,888 SEUNIT

Dengan lebih 2.3 juta unit terjual di seluruh dunia sejak dilancarkan 30 tahun lalu, Lexus ES dilihat sebagai model Lexus yang paling berjaya. 

Sudah memasuki generasi ketujuh, Lexus sekali lagi menghasilkan sebuah jentera yang terbaik dalam kelasnya. ES menawarkan aspek kehalusan buatan, prestasi dan keselamatan kepada anda. 

Lexus ES250 yang ditawarkan pada harga bermula RM299,888 hadir dalam dua varian iaitu Luxury dan Premium. 

Rekaan luaran yang dinamik diserlahkan menerusi gril radiator lebar dan bentuk bahagian belakang seperti sebuah coupe.

Walaupun garis bumbungnya nampak rendah, ES250 sebenarnya masih mampu menyediakan ruang kabin yang luas dan selesa. 

Antara ciri yang telah ditambah berbanding model terdahulu ialah tempat duduk kuasa, tempat duduk belakang boleh dilaras secara elektrik. kawalan suhu tiga zon, paparan Electro Multi-vision bersaiz 12.3 inci, heads-up display dan kamera undur panoramik. 

Dari segi keselamatan, Lexus ES250 dilengkapi Lexus Safety System + (LSS+). LSS+ merangkumi sistem seperti Lane Tracing Assist (LTA), Lane Departure Alert (LDA), Pre-Collision System (PCS) dan Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan fungsi Stop/Go. 

Varian Luxury pula ditambah dengan ciri 3 Bi-Beam LED yang terdiri daripada Adaptive High Beam System (AHS). 

Lexus ES250 didatangkan dalam tujuh warna luaran dan dua warna dalaman. Ia dikuasakan oleh enjin 2.5 liter dan dipadankan dengan kotak gear Direct-Shift 8-kelajuan automatik yang menjimatkan bahan api. 

Diimport sepenuhnya dari Jepun, pemilik sedan ini akan menikmati jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun dengan perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif. 

Google ads
Back to top button