Iklan Pilihan

PELUMBA DUCATI CARLIN DUNNE MAUT DALAM KEMALANGAN DI PIKES PEAK HILL CLIMB

Pelumba motosikal, Carlin Dunne dilapor meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir di garisan penamat acara Pikes Peak International Hill Climb. 

Menunggang model prototaip Ducati Streetfighter V4, Dunne sebelum ini pernah menjuarai katergori motosikal produksi, sebanyak empat kali di Pikes Peak. Dia berhasrat untuk mengulangi kejayaan itu. Dia layak berada kedudukan terbaik sebelum menjadi pelumba  terakhir menaiki litar berbukit tersebut. 

Dunne yang mendominasi perlumbaan sepanjang hujung minggu lalu dikatakan membantu Duati untuk mempromosikan motosikal terbaharu Ducati dan membantu dari segi pembangunannya. 

Pada pusingan terakhir, dia bergerak di sektor pertama, kedua dan ketiga litar jauh lebih laju berbanding sebelumnya. Malangnya, tidak jauh dari garisan penamat, dia mengalami kemalangan. 

Salah seorang wartawan mengakui melihat serpihan motosikal berterbangan dan penunggangnya berdepan kesulitan apabila melanggar bonggol kecil. 

Saksi mendakwa Dunne melanggar bonggol itu pada kelajuan tinggi dan hilang kawalan. Ambulan dan sebuah helikopter dikejarkan ke lokasi kejadian. Pegawai perlumbaan kemudian mengesahkan kematian Dunne. 

RIP… 

Google ads
Back to top button