Buletin

ROLLS-ROYCE BLACK BADGE GHOST ÉKLEIPSIS PRIVATE COLLECTION - TERHAD HANYA 25 UNIT SAHAJA

Rolls-Royce Motor Cars berbesar hati untuk mempersembahkan Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection, yang diinspirasikan oleh keajaiban gerhana matahari yang jarang dilihat.

Memanfaatkan kuasa luar biasa fenomena cakerawala ini, Rolls-Royce istimewa yang indah ini menerokai interaksi antara terang dan kegelapan yang menawan, mencipta semula detik yang mengagumkan apabila Bulan mengaburkan Matahari sepenuhnya secara simboliknya.

Ketulenan Rolls-Royce Ghost, diselitkan dengan semangat Black Badge yang subversif, memberikan Rolls-Royce Bespoke Collective umpama kanvas yang sempurna dan kemungkinan tanpa had untuk mengekspresikan keindahan alam semesta yang menakjubkan ini.

Dan model ini sebenarnya dibina berdasarkan model Ghost Black Badge yang telah diberikan beberapa kemasan yang eksklusif dan menawan bagi memberikan rasa premium yang ada termasuklah layangan cat Lyrical Copper untuk memberikan kesan gerhana matahari yang cukup menawan dan menarik.

Pelancaran model Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection ini terhad hanya kepada 25 unit sahaja di dalam dunia, menjadikannya sebagai unit yang cukup terhad untuk dimiliki, mengambil semangat gerhana matahari cincin yang cukup sukar untuk dilihat dan hanya dapat dilihat baru – baru ini di bahagian Hemisfera Barat pada 14 Oktober.

Agak menakjubkan juga apabila rekaan Rolls-Royce Black Badge Ghost Ékleipsis Private Collection ini menampilkan paparan animasi istimewa sewaktu pintu ditutup dan enjin dihidupkan. Terlihat paparan animasi berinspirasikan gerhana yang membuatkan kelihatan Bintang di dalam Starlight Headliner.

Paparan animasi selama tujuh minit dan 31 saat ini mengambil kira tempoh paling lama, gerhana matahari di dunia nyata. Setelah tamat paparan animasi ini, kesemua Bintang ini pun disembunyikan semula menggunakan ciri teknikal yang cukup canggih untuk dibangunkan.

Fasia papan pemuka juga menampilkan 1,846 “bintang” terukir laser yang menunjukkan garis masa gerhana matahari. Reka bentuk mengambil masa 100 jam untuk disiapkan, dengan seorang pereka bentuk mengawasi penempatan setiap bintang.

Model Black Badge ini menggunakan trenkuasa pengecas turbo berkembar 6.8 liter V-12 yang sama seperti Ghost standard, tetapi menghasilkan 592 hp, berbanding 563 hp untuk kereta standard. Kuasa dihantar ke keempat-empat roda melalui transmisi automatik 8-kelajuan. Rolls-Royce berkata model ini mampu memecut dari titik pegun 0-60 100 km/j dalam 4.5 saat, manakala kelajuan tertinggi dihadkan secara elektronik kepada 249 km/j.

BACA : ROLLS-ROYCE BLACK BADGE GHOST TIBA DI MALAYSIA. 592HP/900NM, BERMULA 1.8 JUTA

BACA : “NAK ORDER SPECTRE EV? BOLEH! TAPI PENGHANTARAN BERMULA 2025” – CEO ROLLS-ROYCE

Google ads

B K

Back to top button