
CHERY MALAYSIA LANCAR KELAB RASMI PEMILIK CHERY – WITH CHERY WITH LOVE (WCWL)
CHERY Malaysia baru-baru ini secara rasmi melancarkan With Chery With Love” (WCWL), iaitu kelab rasmi bagi pemilik Chery di Malaysia, satu inisiatif yang dipacu oleh Chery International.
Majlis pelancaran tersebut turut dimeriahkan lagi oleh tetamu kehormat serta wakil pemilik kereta Chery iaitu Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei.
Menurut Chery, inisiatif WCWL merangkumi misi dan visi yang mendalam, untuk membawa jenama lebih dekat dengan pelanggannya selain, menawarkan akses lebih baik dan membangunkan komuniti lebih besar.

Bukan itu sahaja, WCWL juga membolehkan pelanggan berkongsi pengalaman dan menyokong satu sama lain, termasuk membina kepercayaan antara jenama serta pelanggan.
“Step New Life. Create The Future”
Kongsinya lagi, selain pelancaran kelab rasmi, turut diadakan adalah Chery International Ecology User Summit, berlangsung di Wuhu, China.

Di acara berkenaan, Chery menandatangani perjanjian dengan UNICEF (United Nations International Children’s Emergency Fund) dan IUCN (International Union for Conservation of Nature). Kerjasama ini melibatkan bantuan dalam penyediaan makanan, air bersih, kesihatan serta pendidikan untuk kanak-kanak di negara atau wilayah yang miskin.
Pada masa yang sama, ia turut menawarkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi untuk perlindungan hutan global, lautan, tanah lembap dan hidupan liar.
Selain itu, Chery terus memberikan komitmen sepenuhnya kepada kelestarian alam melalui ‘Ecological City’.
Menerusi ‘Ecological City’, Chery berganding bahu dengan pelbagai pihak berkepentingan di Wuhu untuk menggalakkan perlindungan alam sekitar.
Chery berhasrat untuk membantu dalam pembangunan ekonomi bandar yang stabil, penambahbaikan berterusan bagi persekitaran ekologi, bersama-sama membina sebuah bandar hijau dan ekologi.
- BACA: CHERY DEDAH CHERY FENGYUN T11 – TAMPIL RINGKAS, TAWAR JARAK GERAK 1,400KM
- BACA: CHERY eQ7 DILANCARKAN OGOS INI DI CHINA – 201HP, JARAK GERAK 512KM, HARGA BERMULA RM91K
- BACA: CHERY BAKAL LANCAR OMODA 5 1.6L TGDI UNTUK PASARAN MALAYSIA TAHUN DEPAN?
- BACA: CHERY OMODA 5 DAN TIGGO 8 PRO RASMI DILANCARKAN UNTUK PASARAN MALAYSIA- HARGA BERMULA RM108K







