" "
Buletin

TOYOTA PERKENALKAN RANGGA DI INDONESIA, MODEL KONSEP SERBA BOLEH

Toyota baru-baru ini mempersembahkan Rangga Concept di Indonesia, kenderaan komersial pelbagai guna yang boleh ditukar serta diubah suai mengikut keperluan.

Dengan nama diilhamkan daripada bahawa Jawa ‘Ronggo’ yang melambangkan pahlawan, model konsep ini tiba dengan DNA Kijang Pick Up.

Menurut Toyota, dalam usaha meningkatkan ekonomi negara, Rangga komited untuk menyediakan penyelesaian berkesan boleh dipercayai dan mampan.

Salah satu perkara menarik bagi Rangga Concept ialah keupayaannya untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai keperluan perniagaan.

Melalui pelbagai penukaran yang dipamerkan di GIIAS dan IMX, Toyota menunjukkan bagaimana Rangga boleh diubah suai mengikut keperluan usahawan.

Daripada Kafe Bergerak Rangga Concept kepada Ambulans Rangga Concept, kenderaan ini menawarkan kemungkinan tidak berkesudahan untuk menyokong mobiliti pelbagai perniagaan di Indonesia.

Toyota turut bekerjasama dengan pereka tempatan dan industri sokongan lain dalam membangunkan Rangga. Kerjasama ini diharap bukan sahaja dapat mencipta inovasi baharu malah menggerakkan industri automotif di Indonesia.

Dengan sokongan penuh daripada PT Toyota-Astra Motor (TAM), Rangga dijangka menjadi tonggak baharu dalam dunia kenderaan komersial di Indonesia.

Selain itu, perkhidmatan selepas jualan yang sesuai dengan keperluan pelanggan, pilihan alat ganti, dan rangkaian Toyota tersebar di seluruh Indonesia, semuanya direka bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan perniagaan.

Gabungan kebolehpercayaan Toyota dan inovasi tanpa had, Rangga bersedia untuk menjadi rakan kongsi yang dipercayai untuk ahli perniagaan di Indonesia.

Google ads
Back to top button