Buletin

ROLLS-ROYCE SPECTRE DEBUT DI MALAYSIA, 584HP, HARGA BERMULA RM2 JUTA

Model elektrik sepenuhnya pertama dari Rolls-Royce, Spectre kini secara rasmi tiba di pasaran tempatan pada harga bermula RM2,000,000.

Model coupe elektrik dari jenama ultra mewah ini mempunyai dimensi 5,475mm (panjang), 2,144mm (lebar), 1,573mm (tinggi) sementara jarak roda diletakkan pada 3,210mm.

Dari luaran, Spectre diserlahkan melalui pintu diperbuat daripada aluminium sepanjang 1.5 meter, sekali gus menjadikannya pintu terbesar yang pernah digunakan oleh Rolls-Royce.

Perincian lain termasuklah gril Pantheon, mempunyai 22 unit LED bagi menghasilkan signatur tiga dimensi pada waktu malam serta rim bersaiz 23-inci.

Selain itu, patung Spirit of Ecstasy yang terletak di atas gril itu juga direka khusus dengan proses keseluruhan mengambil masa selama 830 jam.

Menjengah dalam kabin, Spectre dilengkapi ciri-ciri menarik antaranya Starlight Doors yang mempunyai 4,796 ‘bintang’ serta rekaan baharu kerusi hadapan, hasil daripada seni jahitan British.

Untuk rekod, pelanggan juga berpeluang untuk memilih rekaan mengikut cita rasa masing-masing.

Beralih kepada kuasa, Spectre dijana oleh dua motor elektrik, menghasilkan 584hp dan 900Nm.

Kedua-dua motor elektrik menjana kuasa daripada pek bateri 102kWj dan menawarkan jarak gerak sehingga 530km bagi setiap pengecasan penuh.

Spectre mempunyai daya pecutan 0-100 km/j dalam hanya 4.5 saat, sementara kelajuan maksimum dihadkan pada 250 km/j.

Bagi pengecasan, Spectre menyokong pengecasan DC sehingga 195kW, di mana dari 10 hingga 80 peratus dalam hanya menelan masa 34 minit.

Melalui pengecasan DC 50 kW, pengecasan 10-80 peratus akan mengambil masa sekitar 95 minit.

Sementara, pengecasan AC 22 kW pula akan memakan masa sekitar 5 jam 30 minit bagi pengecasan 0 hingga 100 peratus.

GALERI:

Google ads
Back to top button