
ENJIN HIBRID V10 ROLLS-ROYCE INI MAMPU HASILKAN 1475 HP – POWER BETUL NI
Kesemua model akan datang Rolls-Royce bakal dikuasakan bateri-elektrik tapi enjin ini bukan daripada divisyen automotif Rolls-Royce. Rolls-Royce Holding merupakan cabang lain syarikat tersebut dan mereka baharu sahaja mempamerkan enjin V10 hibrid terbaru yang mampu menghasilkan 1475 hp kuasa maksima. Nak pasang kat mana enjin ni sebenarnya?

Kalau nak berangan nak belu Phantom ataupun Bentayga dengan enjin ni mesti korang akan hampa. Ini kerana enjin hibrid keluaran Rolls-Royce ini akan digunakan oleh kereta kebal seberat 50 ke 70 tank. Nampaknya ia lebih sesuai untuk kegunaan berperang dan bukannya melepak di lobi-lobi hotel mewah.
Enjin baharu ini merupakan sebahagian dari enjin enam dan lapan selinder baharu Series 199 yang memang merupakan enjin best-seller dalam kelasnya. Enjin V10 baharu ini memberikan prestasi lebih baik dan telah dipamerkan di pameran ketenteraan Eurosatory baru-baru ini.

Spesifikasi penuh enjin ini belum didedahkan tapi ia memang menggunakan disel dan turut dibekalkan dengan unit hidraulik, kompressor udara dan generator. Enjin ini memang mampu menghasilkan 1475 hp kuasa maksima dan menurut Rolls-Royce Power Systems mereka kini sedang dalam proses menghasilkan versi 1609hp!
Angka kuasa itu tidak mungkin mampu dicapai tanpa bantuan sistem hibrid. Rolls-Royce telah menggabungkan keupayaan enjin disel dan sistem hibrid. Selain menambah kuasa, sistem hibrid juga mampu ‘menyorokkan’ kenderaan tentera.
Sebagai contoh baterinya boleh dicas menggunakan enjin disel V10. Kuasa bateri tersebut kemudiannya disalirkan ke sistem elektrik sekaligus mengurangkan bunyi bising dan jejak haba. Lagilah payah untuk dikesan pihak musuh.
Sistem hibrid ini bukan hanya berguna ketika bergerak perlahan malah ia juga membantu menambah kuasa semasa memecut. Ini memang sangat penting sewaktu di medan perang.
Hebat-hebat. Rasa-rasa enjin ni muat tak pasang kat Alza. Dah lama pakai vtectec bosan jugak. Layan V10 pun syok jugak ni.