Buletin

“NAK ORDER SPECTRE EV? BOLEH! TAPI PENGHANTARAN BERMULA 2025” – CEO ROLLS-ROYCE

Pengeluar kereta mewah, Rolls-Royce baru-baru ini mengumumkan bahawa permintaan untuk EV pertama mereka, Spectre, melebihi daripada jangkaan awal syarikat itu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce, pelanggan yang memesan Spectre EV dalam masa terdekat berkemungkinan hanya menerima kereta pada 2025.

Untuk rekod, unit terawal Spectre EV akan dihantar kepada pelanggan bermula Q4 2023.

Tempoh menunggu lebih daripada setahun atau setahun setengah bukanlah hal luar biasa tetapi apabila pelanggan perlu menunggu lebih lama (dua tahun atau lebih), sudah pasti ia tidak menggembirakan pelanggan.

Rolls-Royce biasanya dihantar dalam masa 12 hingga 15 bulan, tetapi Spectre jelas merupakan kes istimewa.

Walau bagaimanapun, itu adalah salah satu tarikan utama Rolls-Royce – ‘kenderaan buatan tangan’ yang memerlukan banyak masa untuk dibangunkan.

Dari segi spesifikasi, Spectre EV dibina atas platform Architecture of Luxury serta menawarkan jarak gerak 520km bagi setiap pengecasan penuh, berupaya menghasilkan kuasa 557hp dan tork 900Nm.

Google ads
Back to top button