Artikel Pilihan

INILAH 10 KERETA TERMAHAL YANG MUSNAH DALAM WAYANG – BUKAN LEVEL LOAN 9 TAHUN SEMUA NI

Filem aksi lebih-lebih lagi melibatkan adegan kejar mengejar dengan kereta memang menelan belanja yang sangati tinggi apatah lagi jika ia melibatkan model-model yang bernilai tinggi. Banyak filem yang gunakan CGI tapitidak akan sama seperti menggunakan kereta sebenar. Jadi apakah kereta paling mahal yang pernah musnah dalam penggambaran filem?

Menurut kajian terbaru dari Confused, kereta paling mahal dalam sejarah yang musnah dalam penggambaran filem ialah Porsche 917K. Kereta tersebut yang dipandu oleh David Piper sewaktu penggambaran dilem Le Mans 1971 telah melanggar dinding penghadang setelah tayarnya pancit dalam adegan perlumbaan.

Walaupun mengalami kerosakan yang teruk kereta tersebut telah dibaikpulih seperti asal. Kira mati hidup balik la ni. Berapa nilai kereta ni bang? Boleh tahan dik. Tahun 2017 dulu sebuah Porsche 917K dalam keadaan baik berjaya dilelong pada harga USD14 juta (lebih kurang RM66 juta weh). Sekarang dah tentu lagi mahal menjadikannya kereta paling mahal pernah terkorban dalam penggambaran.

Ditangga kedua pula ialah Aston Martin DB10 yang dipandu oleh James Bond dalam dilem Spectre. Walaupun DB10 diasaskan daripada model Vantage pada ketika itu tapi rekaannya jelas menunjukkan hala tuju Aston Martin di masa hadapan. Adegan kejar mengejar dengan Jaguar C-X75 di Rome dalam filem tersebut berakhir dengan DB10 terjunam dan tenggelam di dasar sungai. Damailah engkau di sana.

Aston Martin menghasilkan 10 unit untuk filem tersebut dan 7 daripadanya musnah dalam penggambaran. Tujuh ye tuan-tuan bukan sebiji dua. Sebuah dari unit yang terselamat pernah dilelong pada tahun 2016 dengan harga mencecah USD3.6 juta (RM17 juta lebih kurang) ketika itu.

Seterusnya rekod kemusnahan kereta paling mahal dalam filem jatuh kepada Rolls-Royce Phantom milik Tony Stark dari filem Iron Man 2 (2010). Ia dimusnahkan dalam litar perlumbaan F1 Monaco oleh watak jahat dalam dilem tersebut yang dilakonkan oleh Mickey Rourke. Kurang asam betul dipotong-potong kereta tu pakai cemeti karan macam potong tauhu je. Itu bukan CGI tapi memang Phantom betul yang dipotong-potong. Sadis betul.

Sebuah bukannya murah dengan tanda harga USD493,000 (RM2.3 juta lebih kurang). Dua buah pulak tu dimusnahkan macam tu dalam penggambaran.

Itulah tiga daripada sepuluh kereta termahal yang pernah musnah dalam filem. Yang selebihnya boleh tengok senarai kat bawah. Mesti korang pernah tengok semua filem ni cuma tak pasti yang mana paling membazirkan kereta-kereta mahal yang kita hanya mampu tengok.

Top 10 Kereta Mahal Yang Musnah Dalam Filem

  1. Porsche 917K – Le Mans (1971) – USD14 juta
  2. Aston Martin DB10 – Spectre (2015) – USD3.6 juta
  3. Rolls-Royce Phantom – Iron Man 2 (2010) – USD 493k
  4. Lamborghini Murcielago LP640 – The Dark Knight (2008) – USD 354k
  5. Ford Falcon XB GT Coupe – Mad Max 2: Road Warrior (1981) – USD 265k
  6. Aston Martin DBS – Casino Royale (2006) – USD 225k
  7. 1967 Ford Mustang “Eleanor” – Gone in 60 Seconds (2000) – USD 219k
  8. 1941 Lincoln Continental – The Godfather (1972) – USD 209k
  9. 1969 Mercedes-Benz 280SE Cabriolet – The Hangover (2009) – USD 165k
  10.  Lamborghini Huracan – Doctor Strange (2016) – USD 165k

Kredit carscoops.com

Google ads
Back to top button