Buletin

TRELER TERBALIK, 10 SUPERCAR MUSNAH, NILAI KERUGIAN RM4.6 JUTA

Sekurang-kurangnya 10 buah supercar dengan nilai kerugian melebihi AS$1 juta (RM4.6 juta), terlibat dalam kemalangan selepas treler membawa kenderaan itu terbalik di A20 berhampiran Farningham, Kent.

Antara supercar terlibat termasuklah Lamborghini Aventador, Jaguar F-Type, dua Ferrari, AMG GT, Nissan GT-R, Aston Martin, BMW serta Bentley Continental.

Menurut pihak berkuasa, kemalangan tersebut tidak mendatangkan kecederaan parah dan punca kemalangan masih lagi dalam siasatan polis.

Everyman Racing bagaimanapun memuji pemandu treler, “Kami amat berbangga dengan pemandu HGV kami, Richard, yang refleks dan berfikir pantas malam tadi.

“Tindakan dia dapat mengelakkan kemalangan lebih teruk dengan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Menurut Daily Mail, jurucakap Polis Kent berkata, “Mengeluarkan supercar daripada situasi ini dengan kerosakan minimum kelihatan seperti tugas yang sukar.”

Google ads
Back to top button