PETRONAS AUTOEXPERT, DIRECT LENDING TAWAR PELAN ANSURAN SERVIS KERETA PATUH SYARIAH
Direct Lending, platform pinjaman digital terkemuka Malaysia jalin kerjasama dengan PETRONAS AutoExpert, salah satu jenama penyedia servis kereta yang diiktiraf di dalam negara.
Kerjasama tersebut untuk memberikan solusi kepada pemilik kereta dengan menawarkan pelan ansuran servis kereta sepenuhnya digital yang patuh Syariah.
PETRONAS AutoExpert telah menggunakan model ‘Buy Now Pay Later’ (BNPL), sejajar dengan dedikasinya untuk menjadikan perkhidmatan servis kereta lebih ringkas dan mudah diakses.
Tersedia di mana-mana 55 pusat PETRONAS AutoExpert di seluruh negara, pemilik kereta dapat melakukan pembayaran mereka dalam tempoh maksimum sehingga 12 bulan, manakala pusat PETRONAS AutoExpert akan menerima bil invois secara penuh terlebih dahulu.
Melalui cara berkenaan, ia sekali gus mempromosikan aliran tunai yang sihat selain, berpotensi meningkatkan jualan.
Hanya menerusi telefon pintar, terdapat tiga langkah mudah perlu diikuti iaitu mengisi butiran, menyerahkan kad pengenalan bersama penyata bank tiga bulan terkini, dan mengakhiri proses tersebut dengan membuat pembayaran pertama.
Para pelanggan PETRONAS AutoExpert boleh memohon pelan ansuran ini melalui imbasan kod QR tersedia di pusat PETRONAS AutoExpert.
Selain itu, kerjasama ini turut menyaksikan PETRONAS AutoExpert akan memperoleh manfaat daripada tawaran inovatif berkenaan tanpa sebarang kos bagi tempoh minimum 2 tahun.
Semua kakitangan PETRONAS juga bakal menikmati kadar pembiayaan lebih rendah apabila menggunakan pelan ansuran ini di mana-mana pusat PETRONAS AutoExpert.
Tawaran istimewa ini juga sejajar dengan matlamat syarikat untuk meningkatkan gaya hidup pekerja termasuk pelanggan.
Pelan ansuran servis kereta Direct Lending ialah kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang disokong sepenuhnya oleh Amanie Advisors, firma Penasihat Kewangan Islam global terkemuka, memastikan ia mudah diakses oleh semua pengguna.
- BACA: PETRONAS AUTOEXPERT IPOH DILANCARKAN – MAHU TINGKAT IMEJ PUSAT SERVIS
- BACA: PETRONAS CATAT PENINGKATAN UNTUNG BERSIH 51 PERATUS TAHUN 2022
- BACA: PETRONAS MIE RACING HONDA – GANDINGAN HEBAT DIANTARA PETRONAS DAN JUGA HONDA CBR1000RR-R
- BACA: PEMANDU MERCEDES-AMG C43 LARIKAN DIRI SELEPAS REMPUH PAM MINYAK PETRONAS DI LDP