
ROSLAN DILANTIK SEBAGAI COO GWM MALAYSIA
GWM Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Roslan Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi baharunya. Sebelum ini, Roslan merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton sejak Januari 2022.
Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri automotif, Roslan dijangka dapat memainkan peranan penting dalam mentransformasi, mengukuhkan kehadiran jenama GWM dan meningkatkan kepercayaan pelanggan.
Pelantikan Roslan dlihat tepat pada masanya kerana GWM Malaysia sedang giat memperkasakan ekosistem mobiliti bagi menyokong transisi negar ke arah pengangkutan yang lebih bijak, mapan dan inklusif.
“Visi saya adalah untuk menjadikan GWM sebagai jenama yang dipercayai menerusi rangkaian pengedar dan servis yang mantap. Di samping portfolio produk yang mampu memenuhi kehendak pengguna di Malaysia,” katanya.







