
ERC 2025 – MARTIN SESKS CEMERLANG UNTUK MENANG DI POLAND
Pemandu kelas WRC, Mārtiṇš Sesks berjaya menghasilkan pemanduan yang mengagumkan apabila kembali menyertai perlumbaan FIA European Rally Championhip (ERC) di ORLEN OIL 81st Rally Poland sekali gus berjaya memenanginya.
Mārtiṇš Sesks jarang dicabar di ketika perlumbaan membabitkan permukaan batu kerikil di Poland, berjaya mencatatkan sembilan kali masa terpantas daripada 14 peringkat perlumbaan untuk meraih kemenangan kedua ERC Rali Poland selepas kejayaannya pada tahun 2023. Kemenangan di Poland pada tahun ini adalah yang keempat buat pemandu berasal dari Latvia itu di peringkat ERC.

Mārtiṇš Sesks bersama Juruarah Renars Francis bersama jentera MRF Škoda Fabia RS Rally2 berjaya menamatkan saingan dengan kelebihan 1minit 06.3 saat di hadapan wira tuan rumah yang juga merupakan pencabar kejuaraan ERC Miko Marczyk yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2. Podium terakhir menjadi milik Jon Armstrong yang memandu jentera Ford Fiesta Rally2 yang disediakan oleh pasukan M-Sport Ford.
Untuk rekod ini merupakan penampilan pertama buat Mārtiṇš Sesks dalam pentas ERC sejak kali terakhir melakukannya ketika Rally Estonia Julai tahun lalu setelah memutuskan untuk beraksi dalam pentas tertinggi WRC bersama pasukan M-Sport Ford secara separuh masa membabitkan enam pusingan.
Dan hujung minggu lalu, naib juara ERC 2023 tersebut terbukti menjadi handalan membabitkan permukaan di batu kerikil di Poland. Selepas menamatkan saingan Mikołajki Arena malam Jumaat yang sangat istimewa, ketiga terpantas di belakang Marczyk, Mārtiṇš Sesks dengan pantas mendahului rali pada peringkat pertama pagi Sabtu, di mana dia 9.1 saat lebih pantas daripada saingan terdekat Roope Korhonen.

Walau pun sempat mengalami peristiwa yang memungkin beliau kecundang di Poland namun Mārtiṇš Sesks ternyata unggul untuk terus memecut laju sekali gus meraih kemenangan.
Bintang muda Finland Roope Korhonen sebelumnya berada di belakang kedudukan kedua malang apabila jentera dipandunya terbalik dan gagal meneruskan saingan bagi memberikan peluang untuk hero tuan rumah Miko Marczyk untuk merebut podium kedua di bumi sendiri. Dengan keputusan ini membolehkan Miko Marczyk berada di kedudukan teratas pungutan mata setakat ini
Kedudukan Pungutan Mata ERC
- Miko Marczyk – 81 mata
- Mads Ostberg – 65 mata
- Roope Korhonen – 60 mata
Kredit Foto : ERC
BACA : ERC 2025 – BINTANG MUDA RALI FINLAND ROOPE KORHONEN MENANG DI STAFF HOUSE RALLY HUNGARY
BACA : ERC 2025 – NIKOLAI GRYAZIN MUNCUL SEBAGAI PERLUMBAAN PEMBUKA TIRAI DI SEPANYOL



