Buletin

FORD MOBILE SERVICE – CARA MUDAH UNTUK SERVIS KERETA ANDA

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini memperkenalkan Ford Mobile Service (FMS) yang akan menyediakan kemudahan penyenggaraan profesional dan kerja baik pulih ringan secara terus ke depan pintu pelanggan.

Inisiatif yang dimulakan sebagai program perintis di pengedar Ford Ara Damansara telah dirangka untuk memperluas dan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan khidmat servis dengan tahap piawaian kualiti tertinggi, tanpa perlu pergi ke pusat servis.

Direka untuk memberikan fleksibiliti kepada pelanggan, FMS membolehkan pelanggan menempah khidmat juruteknik bertauliah Ford untuk melaksanakan pelbagai perkhidmatan penyenggaraan pada masa dan di lokasi pilihan mereka.

Perkhidmatan yang disediakan termasuklah  penukaran minyak enjin, pemeriksaan multi-point, penggantian bateri, pemukaran pengelap cermin dan penapis. 

Semua perkhidmatan itu menggunakan alat ganti tulen Ford yang diluluskan oleh pengeluar. Pasukan FMS beroperasi dari Isnin hingga Jumaat menerusi empat slot servis dari jam 9:00 pagi hingga 3:30 petang. Manakala Sabtu menawarkan dua slot servis dari 9:00 pagi hingga 11:00 pagi. 

Caj panggilan akan dikenakan untuk lokasi dalam lingkungan 20 kilometer dari Ford Ara Damansara, manakala caj tambahan akan dikenakan bagi lokasi yang melebihi jarak tersebut. 

Bermula Jun, pelanggan boleh membuat tempahan melalui aplikasi SDM OneGo yang boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store. Aplikasi itu membolehkan pengguna menjadualkan temu janji, memilih masa pilihan dan lokasi servis serta menguruskan tempahan dengan mudah. 

Pelanggan juga boleh membuat tempahan temu janji melalui Talian Khidmat Pelanggan Ford Ara Damansara di talian 03-7621 5111. 

Sempena pelancaran kemudahan ini, Auto ConneXion menawarkan promosi eksklusif untuk tempoh terhad iaitu diskaun bagi yuran tempahan standard yang tersedia sebaik sahaja temu janji dibuka untuk tempahan. 

Google ads
Back to top button