
Buletin
WRC 2004 - ESAPEKKA LAPPI DAN HYUNDAI MENANG DI RALLY SWEDEN
Pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Esapekka Lappi muncul sebagai pemenang bagi perlumbaan kedua kalendar FIA World Rally Championship (WRC) Rally Sweden apabila beliau berjaya mengekalkan pemanduan dan kelajuan dalam keadaan cuaca sejuk dan bersalji bersama jentera Hyundai i20 N Rally1. Jom kita baca apa yang menarik tentang Rally Sweden 2024 ini.
- Kemenangan Esapekka Lappi bersama Juruarah Janne Ferm dilihat cukup bermakna sementelah kali terakhir melakukannya kira – kira enam tahun yang lalu di Rally Finland 2017. Dan itu merupakan kemenangan pertama beliau.
- Pasukan Hyundai Motorsport memutuskan untuk masih mengekalkan Esapekka Lappi musim ini sebagai pemandu sambilan untuk memandu jentera ketiga pasuka walau pun prestasi beliau pada separuh kedua musim WRC tahun lepas dilihat kurang memberangsangkan.
- Pemandu berusia 33 tahun dari Finland itu memecahkan rekod jurang terpanjang antara kemenangan WRC, kira – kira lima tahun dan 39 hari yang dipegang bersama oleh Shekhar Mehta dan Jean-Luc Therier.
- Kemenangan Esapekka Lappi bersama Hyundai Motorsport adalah yang ke 29 buat pasukan dari Korea Selatan itu.

- Tempat kedua diperolehi pemandu dari Britain, Elfyn Evans yang memandu jentera GR Yaris Rally1 dengan ketinggalan hanya 29.6 saat sahaja.
- Walau pun Elfyn Evans sempat terbabas dan melanggar tebing salji namun beliau berjaya mengumpul keseluruhan 24 mata untuk Rally Sweden, dengan 13 mata ketika hari Sabtu, 7 mata ketika hari Ahad dan juga tambahan bonus 4 mata untuk Wolf Power Stage.
- Untuk rekod, pemenang Rally Sweden, Esapekka Lappi hanya mengutip keseluruhan 19 mata sahaja. Terima kasih kepada undang – undang baharu pungutan mata yang mungkin sedikit mengelirukan.

- Pemandu muda pasukan M-Sport Ford, Adrien Fourmaux membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang podium ketiga di belakang Elfyn Evans. Sebetulnya pemandu muda dari Perancis tersebut berada dalam posisi kedua sebelum berlanggar dengan tebing salji dan kehilangan posisi ketika saingan hari Ahad baru bermula. Namun beliau kekal tenang untuk memastikan podium pertama beliau dalam kempen WRC ini tidak terlepas.

- Pemenang Rallye Monte-Carlo bulan lepas, Thierry Neuville hanya berada di tempat keemapt keseluruhan walau pun beliau mengalami masalah dengan sistem tekanan bahan api dan juga mengalami kerosakan pada jentera selepas melakukan lompatan ketika Wolf Power Stage.
- Melengkapkan tempat kelima terbaik kelas utama adalah seorang lagi pemandu muda pasukan M-Sport Ford, Grégoire Munster.
- Manakala juara WRC 2024 Kalle Rovanpera pula hanya berada di tempat keenam keseluruhan tetapi masih berupa memungut 5 mata ketika saingan penentu Wolf Power Stage.
BACA : WRC 2023 – KEMENANGAN DRAMATIK OTT TANAK DI RALLY SWEDEN
BACA : HYUNDAI MOTORSPORT AKAN GUNAKAN LIVERY BAHARU LAGI BERMULA DI RALLY SWEDEN







