Buletin

GEELY JIAJI (EXORA) DILANCARKAN DI CHINA – BERMULA RM69,700

MPV pertama Geely Auto, Jiaji  akhirnya dilancarkan secara rasmi di Zhuhai, China. Ini merupakan percubaan pertama Geely untuk menyertai segmen MPV di pasaran automotif terbesar di dunia itu. 

Sama seperti model-model Geely lain, bahagian hadapannya dipasang dengan gil cosmos yang menjadi rekaan signaturnya.

Gril radiator berwarna hitam itu kemudian diapit oleh sepasang lampu utama LED, lampu nyalaan diang (DRL) dan lampu kabus LED. 

Walaupun ini MPV pertama Geely, harus diakui bahawa rekaannya cukup kemas dan menarik. Bahagian sisinya kemas dengan garis badan yang ringkas dan efek bumbung ‘terapung. Belakang Jiaji diserlahkan dengan sepasang lampu LED, spoiler nipis, kemasan krom dan perkataan PROTON. 

Jiaji juga menjadi MPV hibrid pertama di pasaran China. Bagi memenuhi keperluan pengguna di sana, Jiaji ditawarkan dengan tiga pilihan enjin iaitu 1.5 liter turbo, mild hybrid 1.5T dan plug-in hybrid 1.5T  bersama jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sejauh 56km. 

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik klac berkembar tujuh kelajuan atau enam kelajuan automatik/manual. 

Versi paling tinggi ialah PHEV yang dilengkapi sistem hibrid yang mampu menawarkan kuasa 190kW dan tork 385Nm. Ia hanya menggunakan minyak serendah 1.6L bagi setiap 100km dan tempoh pengecasan selama 90 minit.  

Direka untuk keluarga muda, Jiaji menawarkan keselesaan luar biasa menerusi tiga pilihan konfigurasi tempat duduk sama ada 2+2+2, 2+2+3 atau 2+3+2. Macam biasa, tempat duduk baris kedua boleh dilipat bagi menyediakan ruang kargo yang luas. 

Jiaji memberi perhatian khusus kepada keselesaan kanak-kanak. Jadi, apabila mereka tidur, ibu bapa boleh mengaktifkan mode “children” pada sistem GKUI. Kemudian, sistem pendingin hawa, radio dan tingkap akan ditalasecara automatik. 

Saya yakin ramai yang tidak sabar untuk melihat Jiaji disumpah menjadi Exora bagi pasaran tempatan. 

GALERI

Google ads
Back to top button