Buletin

TESLA LANCAR SUV MODEL Y DI AS – 4 VARIAN, HARGA BERMULA RM159K

Akhirnya, Tesla memperkenalkan SUV pertamanya di Los Angeles, Model Y selepas beberapa kali pengeluarannya tertangguh.

Mereka yang berminat boleh memiliki varian Standard Range mulai tahun 2021. Manakala pelanggan yang mahu mendapatkan versi Long Range pula perlu menunggu sehingga tahun 2020.

Tesla kini mula mengambil deposit sebanyak AS$2,500 (RM10,200).

Jentera tersebut akan ditawarkan pada harga bermula AS$39,000 (RM159,300) untuk model asas dengan jarak sejauh 370km dan pecutan 0-100km/j dalam masa 5.9 saat.

Sementara model Long Range berharga AS$42,700 (RM174,300) mampu menawarkan jarak sejauh 482km. pecutan 0-100km/j dapat dicapai dalam masa 5.5 saat.

Terdapat juga versi Dual Motor yang dilengkapi pacuan semua roda (AWD). Mencatat jarak sejauh 450km dan pecutan 0-100km/j dalam masa 4.8 saat, ia berharga AS$55,700 (RM227,400) seunit.

Performance model pula berkongsi jarak yang sama dengan Dual Motor, cuma ia hanya perlu mengambil masa 3.5 saat untuk mencatat pecutan 0-100km/j.  

Di bahagian kabin, Model Y nampak sama seperti yang ada pada Model 3. Pelanggan boleh memilih pakej tempat duduk baris ketiga dengan harga AS$3,000 (RM12,000). Hanya ada mulai tahun 2021, ia bagaimanapun kelihatan agak sempit.

Seperti yang dijangka, fascia hadapan crossover sangat menyerupai Model 3, kembar sedan empat pintunya. Lampu hadapan bagaimanapun lebih besar dan mempunyai overhang hadapan lebih pendek.  

Lima warna ditawarkan. Pelanggan juga boleh memilih rim sport bersaiz 19 inci untuk menggantikan rim standard 18 inci.

Tesla dikatakan optimis dengan Model Y, selain mendakwa ia mampu menjual lebih banyak SUV itu berbanding gabungan jualan Model 3 dan Model S.

Google ads
Back to top button