Artikel Pilihan

SEJAUH MANA KEPENTINGAN TALI SAWAT PADA ENJIN KERETA?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda oernah dengar tak komponen kenderaan yang dipanggil “Belting” ?

Sebenarnya komponen ini mempunyai banyak nama yang diberi oleh pengeluar, pengedar alat ganti kenderaan dan juga pemilik kenderaan. Antara yang sering kita dengar ialah “Belting”, “Drive Belt”, “V-Belt”, “Ribbed Belt”, “Sepertine Belt”, “Fan Belt” dan juga “Alternator Belt”.

Nama melayunya mudah. Tali sawat.

Fungsinya adalah untuk memacu komponen yang bersangkutan dengan enjin seperti “Alternator”, “Aircond Compressor” “Water Pump”, dan “Power Steering Pump”.

Binaan komponen ini adalah daripada getah, “Neoprene”, “Polyurethane” dan “Urethane”. Dengan campuran bahan seperti ini, komponen ini sangat kuat dan tahan dengan tekanan.

Namun begitu,

Sekuat mana pun binaannya, ia tetap mempunyai jangka hayat. Seiring dengan masa dan penggunaan, komponen ini akan mula rosak secara berperingkat.

Hal ini kerana ia terdedah kepada tekanan berterusan dan juga suhu yang tinggi di dalam ruang enjin. Ditambah pula dengan sifat alami getah yang lama-kelamaan akan mengeras. Disebabkan itu juga lah komponen ini diklasifikasikan sebagai komponen “Wear & Tear”.

Antara simptom “Belt” berada dalam keadaan yang tidak baik adalah seperti berikut :-

  • Bunyi “Squealing” dari ruangan enjin
  • Terdapat kesan retakan pada permukaan “Belt”

Apabila situasi ini berlaku, disarankan bawa kenderaan anda ke bengkel dan buat pemeriksaan menyeluruh terhadap “Belt” tersebut. Mungkin ada kes terpencil dimana komponen ini baru ditukar, namun jangka hayatnya terlalu pendek. Kes seperti ini boleh berlaku disebabkan “Belt” terdedah kepada minyak atau cecair pada jangkamasa yang lama.

Dalam erti kata lain, kalau enjin ada “Leaking” bersepah, memang jangka hayat “Belt” akan menjadi sangat pendek.

Percayalah. Anda tidak akan mahu mengalami situasi dimana “Belt” ini putus ketika enjin sedang beroperasi. Kesannya sangat menakutkan.

Ketika “Belt” putus, “Alternator” tidak berfungsi dan kenderaan bergantung kepada kuasa bateri semata-mata. Ketika kuasa bateri sudah habis, enjin akan berhenti beroperasi. Ketika enjin berhenti beroperasi, brek akan menjadi keras akibat tiadanya vakum untuk membantu servo brek.

“Waterpump” juga tidak berfungsi. Sistem penyejukan menjadi lumpuh dan enjin terdedah kepada situasi “Overheat”. Bagi kenderaan yang mempunyai sistem “Power Steering” jenis hidraulik, sistem ini akan lumpuh kerana motor yang dipacu oleh “Belt” tidak berfungsi. Akibatnya steering akan menjadi berat.

Bayangkan Tuan-Tuan.

Situasi ini berlaku ketika anda sedang memandu laju atau melalui jalan berliku. Kenderaan akan hilang kawalan serta merta. Sangat berbahaya. Boleh meragut nyawa sendiri dan juga orang sekeliling. Tidak semena-mena orang sekeliling menjadi “Collateral Damage” akibat kecuaian kita memeriksa keadaan “Belt”.

Jadi Tuan-Tuan.

Sentiasa lah periksa keadaan komponen kenderaan anda. Bukan sahaja “Belt”, malah komponen-komponen lain juga. Walaupun nampak mudah binaannya, namun peranannya amat penting. Kegagalan komponen ini berfungsi dengan baik menjurus kepada kesan dan akibat yang sangat teruk.

Komponen ini disarankan diperiksa setiap kali rutin servis dilakukan dan disarankan ditukar setiap 60,000km-80,000km. Lebih cepat lebih baik. Harganya pula tidaklah mahal mana. Bergantung juga pada jenama kenderaan dan tempat.

Google ads
Back to top button