Buletin

TAUKE KEDAI EMAS HADIAHKAN 30 PEKERJA MARUTI SWIFT, HONDA ACTIVA DAN HONDA SHINE BERNILAI RM688K

Pemilik Challani Jewellry di Chennai, Jayanthi Lal Chayanthi menghadiahkan pekerjanya kereta Maruti Swift, Honda Shine dan Honda Activa sempena sambutan Diwali. Ahli perniagaan itu telah membelanjakan hampir AS$146,000 (RM688,573) untuk mengukir senyuman di wajah para pekerjanya.

Slogan ‘Setiap majikan harus melayan pekerjanya dengan baik’ menjadi pegangan pemilik Challani Jewellry. Tanpa kerja keras dan kepercayaan pekerja, adalah mustahil sesebuah perniagaan akan berkembang maju.

Menurutnya, menghadiahkan pekerjanya dengan hadiah mahal adalah balasan atas kerja keras serta kepercayaan yang ditunjukkan mereka.

Seramai 30 orang pekerja mendapat manfaat daripada sumbangan ahli perniagaan itu. 10 orang dihadiahkan kereta Maruti Suzuki, manakala 20 pekerja lagi menerima motosikal Honda Activa dan Honda Shine.

Chayanthi berkata perniagaannya mencapai tahap kejayaan baru kerana pekerja sentiasa menjadi tulang belakang dalam pasang surut perniagaan.

Para pekerja bagaikan keluarga kedua baginya dan kejayaan dicapai adalah kerana hasil daripada pekerja-pekerja tersebut.

Google ads
Back to top button