Buletin

SEKITAR 2000 UNIT GR YARIS DITEMPAH DALAM 2 MINGGU!

Menghasilkan model berprestasi sesuatu yang bagus di mata peminat cuma satu cabaran ialah untuk menjualnya dengan banyak.

Disebabkan itu, kejayaan model berprestasi tidak boleh diukur dengan jualan sahaja tetapi perlu merangkumi impak kepada penjenamaan sesebuah pengeluar.

Sebagai contoh berapa sangat jualan Proton Satria Neo berbanding model massa, namun ia berjaya membawa jenama Proton ke serata dunia melalui perlumbaan rali.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna model berprestasi tidak boleh dijual dengan jumlah yang tinggi.

Ini dibuktikan apabila Toyota GR  Yaris telah menerima sekitar 2,000 tempahan selepas diperkenalkan pada Tokyo Auto Salon 2020.

Jumlah tersebut untuk model berprestasi dua pintu adalah tinggi.

Tempahan awal untuk edisi istimewa GR Yaris RZ First Edition dan RZ High Performance Edition dibuka di laman web pada 10 Januari 2020.

Semasa TAS 2020 yang berlangsung selama tiga hari, sebanyak 1,000 unit tempahan diterima dan setakat 23 Januari, jumlah itu meningkat kepada sekitar 2,000 unit.

Daripada jumlah itu, 80 peratus tempahan adalah untuk RZ High-performance First Edition. Tempoh tempahan awal dibuka sehingga 11:59 malam 30 Jun 2020.

Pelanggan yang menempah RZ First Edition akan menerima unit dilengkapi pelbagai komponen istimewa seperti gril radiator, diffuser sisi depan, spoiler dan bampar belakang dari model RZ dalam warna hitam kusam.

RZ High-performance / First Edition pula dilengkapi komponen berprestasi seperti roda BBS forged aloi warna hitam kusam, Torsen® LSD dan intercooler dengan semburan penyejukan.

Torsen® LSD (Limit Slip Differential), air-cooled intercooler with cooling spray function, and forged aluminum wheels made of BBS. Torsen is a registered trademark of JTEKT Corporation

Langkah seterusnya buat pelanggan tempahan awal ialah perbincangan di antara pengedar yang telah ditetapkan pada bulan Julai.

Setelah kontrak dipersetujui, pengeluaran akan dijalankan dengan keutamaan berdasarkan susunan tempahan yang dibuat.

Toyota GR Yaris RZ High-performance dikuasakan enjin 1.6 liter turbo tiga silinder (G16E-GTS) dengan output 272 PS dan tork 370 Nm.

Enjin itu dipadankan bersama dengan transmisi iMT enam kelajuan manual yang memacu kesemua roda (4WD).

Google ads
Back to top button