Buletin

NISSAN SWITCH. LANGGAN GT-R PADA HARGA RM4,199 SEBULAN, DI AS

Pengeluar kereta mempunyai pelbagai cara untuk mempromosi kenderaan mereka kepada pengguna. Perkhidmatan langganan merupakan salah satu cara baru bagi menjual kenderaan.

Perkhidmatan tersebut memberi pilihan kepada pengguna untuk beralih kepada kenderaan lain dengan bayaran tertentu tanpa perlu fikir tentang kos insurans dan penyelenggaraan.

Nissan merupakan jenama yang berjaya melancarkan Nissan Switch, perkhidmatan langganan kenderaan pertama bagi pasaran Amerika Syarikat (AS).

Nissan Switch dilihat sebagai satu cara baru Nissan mendekati pengguna, selain sistem jual beli kenderaan konvensional. Apa yang menarik, perkhidmatan itu mampu menyelamatkan pengguna daripada komitmen kewangan dalam tempoh  jangka panjang.

Ia menyediakan banyak pilihan, kemudahan dan fleksibiliti kepada pengguna. Jadi, anda boleh memilih jenis kenderaan yang ingin dipandu mengikut keperluan.

Kalau rasa nak guna GT-R buat lenjan semasa track day pada hujung minggu pun boleh! Kalau mahukan kenderaan selesa untuk membawa keluarga jalan-jalan bolehlah pilih SUV. Nak redah hutan atau angkut barang, pilih sahaja trak pikap 4×4.

Apa yang penting duit mesti ada. Dengan kadar bayaran tertentu mengikut jenis kenderaan, pengguna mendapat kelebihan seperti pertukaran kenderaan tanpa had, servis penghantaran, insurans, bantuan kecemasan dan penyelenggaraan.

Dengan bayaran AS$899 (RM3,776) sebulan, anda berada di tahap premium dalam program Nissan Switch. Jadi, boleh pilih model-model seperti Nissan LEAF, Murano dan 370Z.

Cuma tambah AS$100 (RM420) lagi sehari ,anda boleh memilih Nissan GT-R untuk dipandu. Menarik kan?

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button