Artikel Pilihan

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 70 DI SAMBUT DENGAN PORSCHE 911 GT3 – INI BARU KAKI KERETA SEJATI

Pada usia 92 tahun mesti ramai yang menyangka atuk ini akan memilih Honda CR-V  atau pun Toyota Camry yang serba selesa untuk kegunaan harian. Agak stereotaip bukan? Tapi itulah yang menjadi pilihan kebanyakan warga emas selepas pencen. Tetapi tidak untuk lelaki berusia 92 tahun dari UK ini.

Kenalkan Evan, seorang warga emas tulen dari Bournemouth, United Kingdom yang baru sahaja membeli sebuah Porsche 911 GT3 baru. Bukan untuk dihadiahkan kepada anak ataupun cucu dan tentu sekali bukan untuk koleksi. Ia sebenarnya adalah hadiah untuk diri sendiri sempena ulang tahun perkahwinan ke 70. Ya, ini adalah permulaan episod kembara baru bersama isteri beliau.

Berbeza dari korang di luar sana yang dok menayang makan malam romantik bertemankan cahaya lilin dan hadiah barang kemas, pasangan ini lebih berminat meraikan perkongsian hidup selama tujuh dekad dengan merasai pengalaman bersama jentera paling lagenda pernah dihasilkan.

Kerlipan cahaya lilin kuno kini digantikan dengan cahaya berkilauna dari lampu utama GT3! Foto pasangan ini diabadikan oleh wakil jualan Porsche Bournemouth dengan main terbaru mereka, sebuah Porsche 911 GT3 2025 berwarna Oak Green Metallic.

Evan dilihat tersenyum sambil memegang  bahu isteri kesayangan bersama Porsche pertama mereka. Dah la beli baru. Jeles Abang Japar woi.

Untuk mereka yang tidak kenal barang, Porsche 911 GT3 ni bukan kereta sports biasa dengan tampalan huruf R kat belakang tau. Ia dikuasakan enjin 4.0 liter yang mapu menjana 502 hp kuasa maksima dan tork setinggi 450 Nm.

Ia boleh didapati dengan dua pilihan transmisi, 7-kelajuan PDK klac berganda ataupun enam-kelajuan manual sepenuhnya untuk lelaki sejati macam kami di Mekanika. Tidak dinyatakan transmisi yang menjadi pilihan Evan tapi berdasarkan selera beliau tidak mustahil kotak gear manual menjadi pilihan.

Google ads
Back to top button