Buletin

ALPINE ALPENGLOW HY6 CONCEPT – KERETA UNTUK ALIEN KE APA NI?

Pernah didedahkan pada tahun 2022 sebagai model konsep yang direka sebagai pelan tindakan untuk hala tuju masa depan jenama dalam reka bentuk dan inovasi mampan model Alpenglow ini telah mempamerkan potensi prestasi tinggi enjin pembakaran hidrogen serta penyelesaian realistik untuk menawarkan model sport dengan sasaran pengurangan pelepasan karbon.

Susulan daripada model prototaip pertama yang diperkenalkan yang dikuasakan melalui enjin 2.0 liter 4 silinder dengan kuasa 340 HP, model Alpine Alpenglow Hy6 kini dilengkapi dengan tenaga baharu yang mempunyai kuasa dua kali ganda dari sebelumnya.

Kini ianya menggunakan enjin 3.5 liter V6 yang dibangunkan sepenuhnya oleh Alpine dengan menggunakan pembakaran hidrogen yang optimum. Ianya mampu memberikan kuasa maksimum 544 kW (740 HP) dan tork 770 Nm dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan berjujuk.

Versi Alpenglow Hy6 ini, yang menampilkan enjin V6 baharu, mempunyai pelbagai pengubahsuaian dan peningkatan teknikal yang ketara. Dalam masa yang sama, penggayaan rangka badan Karbon Specular Blue sepenuhnya ini mempunyai kelebihan yang cukup ekstrem.

Enjin baharu ini merupakan perkara yang cukup penting buat Alpine Alpenglow Hy6 ini selain daripada rekaan luarannya yang juga cukup ekstrem. Enjin V6 ini telah ditempatkan dalam bekas yang boleh dilihat. Ia dilindungi oleh kaca berwarna dengan sentuhan warna biru, manakala ruang enjin telah direka dengan teliti hingga ke perincian terkecil.

Reka bentuk cermin tingkap belakang yang ikonik itu mengingatkan akan model A110 menggabungkan dua salur udara NACA lutsinar yang menyalurkan dua saluran menuju ke penyejuk minyak kotak gear, juga pastinya akan memberikan kesan ringan terhadap kereta ini.

Alpine Alpenglow Hy6 ini dibangunakan berdasarkan platform casis karbon LMP3 sememangnya direka untuk menampung enjin V6 yang cukup berkuasa ini. Enjin ini telah direka oleh pasukan Alpine di Viry-Châtillon dengan menggunakan hidrogen dengan mengambil masa dua tahun tempoh pembangunannya. Ianya dibantu oleh Oreca selaku rakan kongsi teknikal untuk membangunkan enjin yang cukup mencabar ini dengan menggunakan pembakaran hidrogen.

Tiga tangki untuk menyimpan hidrogen dalam bentuk gas (2.1 kg setiap satu) yang diletakkan di bahagian tepi dan belakang kokpit tetapi tertutup daripada kawasan penumpang.

Ternyata kepakaran Alpine dalam penghasilkan enjin yang menggunakan hidrogen ini pastinya akan memberikan kelebihan buat mereka sebagai peneraju teknologi hidrogen pada masa hadapan. Malah Alpine Racing juga giat memberikan perhatian terhadap perubahan peraturan perlumbaan di masa akan datang dengan ACO dan FIA membenarkan penyertaan kereta berkuasa hidrogen menyertai perlumbaan bermula tahun 2028 termasuklah untuk perlumbaan ulung 24 Hours of Le Mans.

BACA : ALPINE A110 PIKES PEAK JUGA MAHU MENCABAR MENAKLUK AWAN

BACA : ALPINE A390 BETA – MODEL KONSEP FASTBACK ELEKTRIK SEPENUHNYA

Google ads

B K

Back to top button