Buletin

SELEBRITI KOREA INI SAMAN TESLA SELEPAS REMPUH RUMAH SENDIRI

Ji Chang Son, selebriti terkenal dari Korea Selatan ini memfailkan saman kepada Tesla kerana mendakwa kereta tersebut berada di luar kawalan sehingga menyebabkan beliau merempuh rumahnya.

Menurut laporan Reuters, kejadian yang berlaku pada September lepas itu terjadi bila SUV Model X tersebut memecut melanggar bahagian garaj rumahnya sehingga merempuh ke bahagian ruang tamu.

Beliau dan penumpangnya cedera dalam insiden tersebut lalu membuat keputusan memfailkan saman kepada Tesla di Mahkamah Daerah California. Dalam writ samannya Son menyatakan kerosakan terhadap dinding rumah, sistem paip, perabot dan ruang tamu.

tesla-eksiden-2

BACA-126 PELANGGAN NORWAY SAMAN TESLA

BACA-KEMATIAN PERTAMA AKIBAT AUTOPILOT TESLA

Ini bukanlah saman yang pertama. Dalam kes yang berasingan seperti yang dilaporkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) Amerika, terdapat tujuh lagi dakwaan sama yang sama.

Kereta Tesla didakwa memecut secara tiba-tiba dan Tesla dikatakan sedang melakukan siasatan yang serius terhadap kes tersebut.

Dalam laporan berasingan, Tesla mendakwa data yang direkodkan oleh kereta tersebut menunjukkan Ji Chang Son menekan pedal kawalan 100 peratus. Menurut Tesla lagi, ia jelas adalah kesilapan pemandu.

 

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button