Buletin

SHELL FUELSAVE 95 CHALLENGE 2023 KINI BERADA DI JELAJAH TERAKHIR

Shell baru-baru ini melancarkan bahan api Shell FuelSave 95 yang menggunakan formula terbaru, memberikan perjalanan 15 kilometer lebih jauh bagi setiap isian tangki penuh.

Menerusi formula baharu tersebut, FuelSave 95 menjadikan enjin lebih bersih dengan pembersihan secara mendalam, perlindungan lebih baik untuk semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru.

Selain itu, bahan api Shell FuelSave 95 juga melindungi bahagian kritikal enjin sama ada berteknologi lama, baharu atau hibrid.

Bersempena dengan pelancaran Shell FuelSave 95, Shell turut menganjurkan ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023’, bermula dari 16 Mac hingga 16 April 2023.

Pemandu yang berjaya mencapai penjimatan bahan api terbaik akan dinobatkan sebagai pemenang kategori serantau dan layak membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, manakala pemenang Grand Final pula berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM20,000.

Untuk makluman, ‘Shell FuelSave 95’ berlangsung di lima wilayah iaitu Utara, Selatan, Pantai Timur, Malaysia Tengah dan Timur.

Pada 16 April ini, ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023’ diadakan di Shell SM Alisha, Subang Jaya, Selangor dari pukul 10.30 pagi sehingga 2 petang. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web Shell.

Google ads
Back to top button