SHELL FUELSAVE 95 GALAK RAKYAT MALAYSIA NIKMATI PERJALANAN LEBIH JIMAT, LEBIH JAUH
Sejak memperkenalkan Shell FuelSave 95 pada Februari lalu, Shell secara aktif mendekati pengguna jalanraya di seluruh negara melalui ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023’ bagi menggalakkan mereka menikmati perjalanan 15KM lebih jauh bagi setiap tangki.
Usaha memenangi hati rakyat Malaysia dari Utara ke Selatan Semenanjung Malaysia, hinggalah ke Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur) telah berjaya apabila orang ramai berkongsi pengalaman menikmati penjimatan bahan api lebih baik.
Ia menjadikan setiap RM2.05 seliter yang dibelanjakan untuk Shell FuelSave 95 baharu ini amat berbaloi.
“Kini, Shell FuelSave 95 bukan sahaja dapat mengukur penjimatan bahan api, tetapi juga dapat menyaksikan pelanggan kami mencapai perbatuan menakjubkan,” kongsi Pengurus Besar Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming.
Menerusi formula baharu tersebut, Shell FuelSave 95 menjadikan enjin lebih bersih dengan pembersihan secara mendalam, perlindungan lebih baik untuk semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru.
Selepas sebulan pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan perbatuan terbaik merentasi 5 wilayah, Shell FuelSave 95 Challenge 2023 menutup tirai dengan Chin Li Qin, 26 dari Johor dinobatkan sebagai Pemandu Paling Efisien di Malaysia.
Li Qin memecahkan rekod sebelumnya, 25.45 KM/L, dengan mencatatkan perbatuan bahan api sebanyak 28.23 KM/L, sekali gus menjadikan beliau sebagai juara keseluruhan Shell FuelSave 95 Challenge 2023.
Untuk rekod, cabaran Grand Finale bermula di Shell SM Alisha, Shah Alam dengan jarak keseluruhan 121KM, merentasi Cyberjaya – Bukit Jalil – Cheras – Ampang – Gombak – Sri Hartamas – Kota Damansara – Puncak Alam sebelum kembali semula ke titik permulaan.
Li Qin bersaing bersama Jeffrey Tan Teck Heng, 62 dari Port Dickson, Ahmad Amirul Runass, 31 dari Kuantan, Muhammad Jazli Mahathir, 30 dari Ipoh, dan Lai Siaw Feng, 38 dari Kuching.
- BACA: SHELL FUELSAVE 95 CHALLENGE 2023 KINI BERADA DI JELAJAH TERAKHIR
- BACA: SHELL LANCAR MINYAK SHELL FUELSAVE 95 BAHARU – 15KM LEBIH JAUH DENGAN SETIAP TANGKI PENUH
- BACA: SHELL MALAYSIA LANCAR MINYAK ENJIN NEUTRAL KARBON PERTAMA DI DUNIA. BERMULA RM280 UNTUK PEK 4 LITER
- BACA: BEST KE KUMPUL KERETA PASUKAN LUMBA SHELL? SIAP DENGAN TEKNOLOGI BLUETOOTH