
TOYOTA TINGKAT PENGELUARAN EV, ATASI TESLA DAN BYD
Nikkei Asia baru-baru ini melaporkan bahawa Toyota sedang merancang untuk meningkatkan pengeluaran kenderaan elektrik sebanyak tiga kali menjelang penghujung tahun 2025.
Langkah itu dibuat bagi membolehkan Toyota kekal bersaing dengan pengeluar dari segmen elektrik seperti BYD dan Tesla.
Menurut laporan itu, Toyota dan Lexus sudah memberitahu pembekal mereka tentang rancangan untuk meningkatkan pengeluaran.

Melalui laporan berkenaan, bolehlah kita menganggap bahawa Toyota memilih untuk berubah secara drastik bagi memenuhi sasarannya, iaitu mengeluarkan 11 juta EV menjelang 2025.
Untuk rekod, Toyota menjual 24,000 EV pada 2022, sementara pada 2023, Toyota menyasarkan hasil jualan EV sebanyak 150,000 unit disusuli 190,000 unit untuk 2024.
Terdahulu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi semasa syarikat, Akio Toyoda, cukup lantang mengenai kepercayaannya bahawa pembangunan teknologi hibrid mungkin mempunyai kesan lebih baik berbanding beralih drastik kepada EV.
- BACA: TOYOTA PERKENALKAN GR86 EDISI ULANG TAHUN – DAH 40 TAHUN USIA 86 NI
- BACA: TOYOTA PASSO TINGGAL SEJARAH, DIHENTIKAN PRODUKSI PADA BULAN INI
- BACA: TOYOTA YARIS IMP DIPERKENALKAN – DUA VARIAN, 106HP, HARGA BERMULA RM88K
- BACA: GARA-GARA RUANG STORAN CAKERA PENUH, 14 KILANG TOYOTA DI JEPUN BERHENTI OPERASI








