" "
Buletin

SHELL APP RASMI DILANCARKAN. ISI MINYAK LEBIH SELAMAT, BANYAK GANJARAN TERSEDIA

Shell Malaysia hari ini melancarkan aplikasi mudah alih  yang direka untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna ketika mengisi minyak di stesen Shell dengan membolehkan pembayaran yang lebih selesa dari dalam kereta.

Dilengkapi sistem pengesahan keselamatan 3-D Secure, Shell App merupakan aplikasi pembayaran minyak pertama di Malaysia yang mempunyai perlindungan keselamatan tambahan. Ia sebagai jaminan kepada pengguna untuk pengalaman yang lebih selesa dan bebas daripada ancaman penipuan siber.

“Dalam dunia hari ini yang serba pantas, orang ramai mahukan keselesaan dan kemudahan melalui inovasi, mengikut citarasa mereka sendiri.

“Sinonim dengan syarikat kami yang sentiasa berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu, Shell App berfungsi sebagai komponen penting dalam meningkatkan kualiti pengalaman pelanggan di Shell.

“Shell App bukan sahaja memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran minyak dengan lebih selamat dari dalam kereta, malah memastikan perjalanan mereka lebih mudah dan memberi lebih ganjaran.

Harapan kami adalah untuk menyediakan pengalaman yang menyeluruh dan menjadikan segalanya lebih selesa untuk anda,”  kata Pengurus Besar, Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming.

Pelanggan kini boleh menebus bahan api atau croffle kegemaran mereka sambil mengumpul mata ganjaran dengan Shell App. Menerusi integrasi BonusLink di dalam Shell App, pelanggan kini boleh mengumpul mata BonusLink daripada 3,000 peniaga. Pada pada masa yang sama tebus ganjaran eksklusif daripada Shell.

Memahami keperluan pelanggan yang pelbagai, aplikasi ini turut menawarkan promosi dan tawaran yang diubah suai mengikut cita rasa mereka. Pengguna Shell App boleh memantau setiap perbelanjaan dan mata BonusLink yang terkumpul dalam aplikasi berkenaan.

Shell App dilengkapi kelebihan untuk mengetahui lokasi stesen-stesen Shell berdekatan serta fasiliti dan kemudahan yang disediakan seperti surau, ATM, Shell café atau pusat cuci kereta. Aplikasi itu kini boleh digunakan di 650 stesen minyak Shell dan dijangka tersedia di seluruh negara menjelang akhir tahun 2023.

Muat turun Shell App di Apple App Store dan Google Play Store sekarang dan nikmati pelbagai kemudahan, ciri keselamatan canggih dan ganjaran menarik di hujung jari anda. Maklumat lanjut, layari: www.shell.com.my 

Google ads
Back to top button