Motosikal

DUCATI MULTISTRADA 1200 – BERMULA RM120,000!

Next Bike Sdn. Bhd. (Ducati Malaysia) semalam melancarkan model touring terkininya, Multistrada 1200 baharu.

Ducati-Multistrada-1200-2016-mekanika (9)

Jentera CKD dari Thailand ini ditawarkan dalam dua varian iaitu Multistrada 1200 dan Mulstrada 1200S. Harganya, RM119,999 untuk 1200 dan RM135,000 bagi 1200S (di atas jalan tidak termasuk insurans dengan GST).

“Multistrada 1200 memainkan peranan penting dalam barisan produk Ducati di Malaysia pada tahun ini. Ia mampu meningkatkan perkongsian pasaran kami dalam segmen motosikal premium.

Ducati-Multistrada-1200-2016-mekanika (6)

“Multistrada baharu menawarkan kualiti tunggangan yang sporty, prestasi lancar dan penggunaan bahan api lebih rendah,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Apa yang baru pada model ini? Banyak sebenarnya. Mulstrada 1200 generasi baharu ini menampilkan enjin terkini Ducati Testastretta DVT (Desmodromic Variable Timing).

Ducati-Multistrada-1200-2016-mekanika (4)

Pertama dalam industri motosikal, enjin DVT mengetengahkan sistem injap pemasaan boleh ubah dengan kawalan bebas pada camshaft pengambilan dan ekzos. Sistem ini mampu mengoptimumkan prestasi enjin sepanjang julat kuasa dalam semua kondisi tunggangan.

Ia juga menjanjikan kuasa maksimum pada rev tinggi, hantaran kuasa lancar, tork pada putaran enjin rendah  dan menepati piawaian Euro 4. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Ducati-Multistrada-1200-2016-mekanika (2)

Selain itu, sistem Inertial Measurement Unit (IMU) pula berfungsi mengukur sudut posisi motosikal (roll, yaw & pitch) motosikal. 

Aspek keselamatan dipertingkatkan lagi menerusi penambahbaikan sistem brek ABS. Platform IMU juga membolehkan kawalan lampu membelok atau Ducati Cornering Lights (DCL) dipasang pada lampu LED jentera ini.

Ducati-Multistrada-1200-2016-mekanika (7)

Tidak cukup? Multistrada dilengkapi sistem Ducati Wheelie Control  (DWC) dabn Kawalan Jelajah Elektronik yang boleh dioperasi menggunakan suis pada hendal.

Amacam, menarik?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button