Buletin

SMART MALAYSIA PERKENALKAN PROGRAM KOMUNITI SMARTCO

smart Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran smartCO, sebuah program komuniti khusus kepada pemilik EV smart.

smartCO bukan hanya sekadar program, tetapi juga merupakan satu inisiatif yang mencerminkan semangat inovasi dan kerjasama bersama ahli komuniti smart.

Inisiatif ini mengajak semua pemilik EV smart untuk bersama-sama, tanpa mengira latar belakang, mencipta sebuah komuniti yang dinamik dan dapat dimanfaatkan bersama.

Selain direka untuk memudahkan hubungan antara pemilik smart, smartCO juga menyediakan peluang perniagaan, di mana pemilik perniagaan mendapat pendedahan serta akses kepada rangkaian ahli program.

Aplikasi Hello smart menyediakan platform untuk ahli program mempromosikan perniagaan mereka dalam meningkatkan sokongan dan peluang kolaborasi bersama.

Selain itu, ahli program smartCO akan menikmati faedah eksklusif di setiap program smart.

Tambahan, ahli program smartCO juga ditawarkan diskaun khas, pakej menarik kepada pemilik bagi mewujudkan ekosistem bermanfaat dan menguntungkan sesama ahli program.

“smartCO bukan hanya sekadar program; ia adalah kenyataan yang berani akan keyakinan terhadap kuasa komuniti dan potensi transformasi teknologi kami.

“Kami bukan sahaja memimpin pasaran EV. kami sedang memperkuatkannya semula,” kata Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Faedah Komuniti smartCO, sila layari https://app-h5-smart.acotech.my/community/info_detail_share?id=news_1813102103090819073

Google ads
Back to top button