" "
Buletin

SMART #3 RASMI DILANCARKAN – 3 VARIAN, JARAK GERAK 455KM, HARGA BERMULA RM175K

Smart #3 secara rasmi memasuki pasaran tempatan dan menawarkan 3 varian iaitu BRABUS, Premium dan Pro yang direka khas untuk pasaran di Malaysia.

Setiap varian menawarkan ciri-ciri unik, dari segi reka bentuk yang unggul hingga kecekapan pemanduan dinamik.

smart #3 Premium menampilkan Panoramic Halo Roof, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif serta Gril Hadapan Bercahaya.

Selain itu, smart #3 juga menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS demi memastikan keselamatan pemandu di jalan raya.

Varian seperti BRABUS dan Premium, kedua-duanya menawarkan pengecas AC 22kWj yang terbaik dalam segmennya dengan keupayaan untuk mengecas bateri anda dari 10% hingga 80% dalam masa kurang dari 3 jam.

Dijana oleh bateri NCM 66kWj, ia turut dilengkapi dengan motor 272hp dan 343Nm tork yang memacu roda belakang kenderaan serta menawarkan jarak gerak WLTP sehingga 455km.

Berbeza pula varian smart #3 BRABUS, ia mempunyai daya pecutan 0-100km/j yang mengagumkan dan mencapai Mod Rocket Launch dalam masa 3.7 saat.

Untuk memberi kuasa kepada prestasi luar biasa ini, smart #3 BRABUS dilengkapi kuasa pemanduan dwi-motor dengan pacuan empat roda (AWD) 428hp dan 543Nm, memberikan jarak WLTP sehingga 415km.

Untuk harga pula, perincian bagi setiap varian adalah seperti berikut:

  • Premium: RM215,00
  • BRABUS: RM255,000
  • Pro: RM175,000

GALERI:

Google ads
Back to top button